Cencang atau cincang? Sotong gurita atau sotong kurita? Peha atau paha? | Jawapan: 1. Cencang dan cincang = cengang 2. Sotong gurita atau sotong kurita = sotong gurita 3. Peha atau paha? = paha | Lain-lain | 28.10.2015 |
Adakah chicken thigh dipadankan dengan paha ayam manakala chicken drumstick dipadankan dengan betis ayam? | Chicken Drumstick = Drumstik Ayam Chicken Thigh = Paha Ayam | Istilah | 22.10.2018 |
Klien kami telah meminta untuk menukarkan ejaan perkataan 'paha' dalam teks sebuah iklan kepada 'peha'. Adakah ejaan 'peha' masih digunakan lagi? Jika tidak, sila jelaskan. T'kasih. | Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari. | Ejaan | 16.08.2012 |
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini. | Lain-lain | 16.04.2011 |
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan | 1. Kaya-raya 2. Disengat 3. Hubung kait 4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari. 5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Ejaan | 06.08.2014 |
a)whole chicken leg b)quaters chicken | a)paha ayam penuh b)ayam sukuan | Istilah | 13.07.2011 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih. | Saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakit begitu juga dengan ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang. Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | 1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 2. Chicken Thigh - Paha Ayam 3. Chicken Wings - Kepak Ayam 4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam 6. Chicken Fillet - Filet Ayam 7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang 8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang 9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang 10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 13. Chicken Neck - Leher Ayam 14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam 15. Chicken Liver - Hati Ayam 16. Chicken Feet - Kaki Ayam 17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam 18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah 19. Chicken Drummet - Drumet Ayam 20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam 21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam 22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |