1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. Adakah kegunaan perkataan 'pahit' dalam ayat ini betul. Jika salah apakah perkataan yang lebih sesuai. sekiranya betul apakah maksud ayat ini? | 1. Dia pahit akan kemesraan dan kasih sayang seorang ayah. - perkataan pahit tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, antara perkataan lain yang lebih sesuai ialah dahaga (sangat ingin akan sesuatu). | Tatabahasa | 07.12.2009 |
Salam 1 Malaysia..saya ingin kemukakan pertanyaan. Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita _________ rasanya kerana tidak dibubuh gula. A manis B masin C pahit D masam # bolehkah pahit dikira sebagai jawapan?harap DBP boleh membantu memberi jawapan tepat | Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan aspek makna ialah: Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita pahit rasanya kerana tidak dibubuh gula. | Makna | 16.10.2014 |
Encik, Dari segi maksud dan logik, penggunaan perkataan 'menawarkan' dalam ayat berikut adakah betul? * Ibu menawarkan kopi yang pahit itu. Persoalannya, jika kopi telah ditawarkan, adakah terdapat rasa kopi lagi dari segi logiknya? Terima kasih. | Ayat tersebut memang logik dan betul. Maksudnya ibu menawarkan kopi yang pahit tersebut supaya tidak pahit rasanya. Mungkin ibu menambahkan air di dalam kopi tersebut. Dari segi logiknya, apabila kopi pahit itu ditawarkan rasanya dengan menambahkan air, rasa pahitnya telah hilang. Ini berbeza dengan maksud seperti, syarikat itu menawarkan kerja baharu kepada Ali. Maksud menawarkan kerja di sini ia;ah "offer" dlam bahasa Inggerisnya. Jadi sdr jangan keliru tentang penggunaan menawarkan dan sesuaikannya dengan ayat yang dibina. Terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2008 |
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya. | i. Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....." ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit". | Lain-lain | 28.06.2016 |
Adakah pahit maung merupakan kata ganda atau kata majmuk? | Pahit maung ialah kata majmuk. | Tatabahasa | 04.01.2014 |
Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar. | Tatabahasa | 18.11.2013 |
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tq | Lazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH. | Saudari/Saudara, 1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi. 2. Ayat tepat 3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis) | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasih | Salam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit". | Tatabahasa | 13.08.2014 |
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih. | 1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. 4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya. 5. Ayat a, b, c, dan d betul.
| Tatabahasa | 24.03.2013 |