Assalamualaikum. Tuan/Puan. Saya Dr Firdaus. Boleh dapatkan pengesahan pengunaan bahasa bagi pertubuhan untuk doktor- doktor. Eng : Intergrative Pain International Network Bahasa : Pertubuhan Rawatan Intergrasi Kesakitan Antrabangsa Soalan saya, PAIN dalam nama pertubuhan di atas betul di terjemahkan sbagai KESAKITAN? Dalam English, pain management. | Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 20.09.2021 |
Apakah maksud pain point dalam ayat berikut? Business pain points affect a company's bottom line and must be solved in order for them to grow. Terima kasih. | Mengikut carian, tiada istilah yang khusus untuk perkataan “pain point”. Namun begitu, berdasarkan analisis maksud, “pain point” boleh dipadanankan sebagai masalah utama. | Istilah | 06.11.2018 |
Salam tuan puan. Saya nak bertanya macam terjemahan terbaik bahasa eng dibawah untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: Intergrative Pain International Network BM : Pertubuhan RAwatan Intergrasi Kesakitan Antarabangsa Kami di inquiry oleh Pendaftar Pertubuhan perkataan Kesakitan | Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Cadangan padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 21.09.2021 |
Apakah istilah bahasa Melayu bagi 'pain cave'? Istilah ini biasa digunakan dalam kalangan komuniti triathlon dan pengayuh basikal jarak jauh untuk menggambarkan kesusahan yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dalam sesi latihan yang panjang. | Padanan bagi istilah pain cave dalam bahasa Melayu ialah fasa sengsara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai nama pine tree dalam bahasa Melayu. Adakah pokok pain jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu? Sekiranya tidak apakah perkataa yang tepat untuk "pine tree"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Saya sangat menghargai sekiranya pihak tuan sudi menjawab pertanyaan saya dalam waktu yang singkat. Terima kasih. | Pokok pain boleh digunakan bagi pine tree. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2020 |
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan kurang kesedaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2018 |
Apakah padanan yang sesuai untuk 'bittersweet' yang merujuk kepada arousing pleasure tinged with sadness or pain? Terima kasih | Tuan, Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bagi bittersweet ialah pahit manis. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2017 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |