Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak cik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ?Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik FarhanEjaan16.03.2013
Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh?Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh...Ejaan25.07.2013
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka.

1) Asing pada pandangan matanya

2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka.

Tatabahasa13.10.2011
Apakah ejaan yang betul 1. Pak cik Ali atau Pak Cik Ali?Ejaan yang betul ialah Pak Cik Ali.Ejaan24.07.2012
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes."Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?)Ejaan19.09.2011
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati.Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama  seseorang.Ejaan21.05.2012
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih.Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik.Ejaan10.03.2020
1) Pakcik Ali ATAU Pak cik Ali 2) pakcik ATAU pak cik? 3) pakciknya ATAU pak ciknya? salam, mohon bantuan untuk menentukan penggunaan perkataan yang tepat. terima kasih.

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya manakala kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. oleh yang demikian jawapan yang betul ialah:

1. Pak Cik Ali

2. pak cik

3. pak ciknya

Tatabahasa14.02.2011
Salam sejahtera. Jika Pak Cik Rajan berdialog dengan seorang budak, dia perlu menggelar dirinya pak cik atau saya atau kedua-duanya boleh?Dalam kesantunan berbahasa 'saya' sebagai kata ganti nama diri pertama tunggal paling umum dan luas penggunaannya dalam urusan rasmi secara umum. Menjawab soalan yang diberikan, maka 'saya' boleh digunakan untuk merujuk kata diri pertama. Namun dalam situasi tidak rasmi dan menimbulkan kemesraaan, 'pak cik' juga boleh digunakan.Tatabahasa09.01.2013
salam sejahtera, saya ingin bertanya cara betul penulisan bagi perkataan "pakcik" dan "makcik" mana satu betul samada pak cik atau pakcik terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul bagi makcik atau pakcik  ialah mak cik / pak cik, ditulis sebagai dua perkataan dengan huruf kecil sahaja kecuali apabila digandingkan dengan kata nama khas maka hendaklah ditulis dengan huruf besar seperti Mak Cik Siti,  Pak Cik Leman.Tatabahasa08.05.2013
12345

Kembali ke atas