| Bukan sekali dua Pak Aji menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. Tuan, kata 'memperisterikannya' dalam ayat di atas adakah bermaksud hasrat Pak Aji untuk berkahwin dengan seseorang, kerana itu yang saya mahu sampaikan. | Perkataan memperisterikannya boleh digunakan dan kata ganti nama "nya" di sini hendaklah merujuk orang yang diperkatakan dalam ayat sebelumnya. | Tatabahasa | 26.06.2012 |
| APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYA | Untuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long. | Lain-lain | 10.12.2010 |
| Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ? | 1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. | Tatabahasa | 21.07.2018 |