Apakah kata yang membawa maksud "battery-operated" dalam BM? Dan, apa kita panggil untuk "disposable nursing pads"? | Kedua-dua istilah tersebut tiada dalam data DBP. Kami mencadangkan "battery-operated" diberikan padanan “kendalian bateri” dan "disposable nursing pads" ialah “pad susu pakai buang”. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.01.2015 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~Athirah | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2023 |
saya ingin bertanya mengenai sah bahasa untuk papan tanda. Syarikat kami ingin membuat permohonan untuk 2 papan tanda iaitu 1 untuk pintu pagar syarikat dan juga 1 lagi untuk bangunan. Jadi soalan saya adakah perlu daftar sah bahasa untuk kedua papan tanda kerana dalam system Dewan Bahasa hanya membenarkan 1 image sahaja untuk 1 permohonan. Mohon respond dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa. Berikut saya sertakan sekali image untuk signboard syarikat kami. Dan untuk papan tanda bagi bangunan hanya logo syarikat dan tulisan nama syarikat saja (INTANIAGA SDN BHD). | Salam Sejahtera tuan/puan. Sila buat permohonan yang berasingan. Satu permohonan untuk satu visual. Sila buat pembetulan pada visual seperti yang berikut: - Betulkan kepada PENGEDAR PERALATAN PERUBATAN DAN BARANGAN PAKAI BUANG
- SDN. BHD. (masukkan titik untuk singkatan)
- KAWASAN PERUSAHAAN CHERAS JAYA, (masukkan tanda koma)
- MALAYSIA. (masukkan tanda noktah)
Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar visual untuk semakan dan pengesahan melalui DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 16.02.2022 |
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih. | 1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki. 2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami. | Tatabahasa | 23.09.2015 |