Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pakaian baru ini dibelikan (oleh/kepada/untuk) ibu saya. 2. Kek itu dibeli (oleh/kepada/untuk) kakak Meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan (kepada/oleh/untuk) tetamu yang menghadiri majlis ini.1. Pakaian baru ini dibeli oleh ibu saya. 2. Kek itu dibeli oleh kakak meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan untuk tetamu yang hadir. Harap maklum.Tatabahasa30.07.2008
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
1.Pakaian itu telah dia basuh semalam. 2.Sesetengah murid lebih suka belajar secara bersendirian. Yang mana satu betul ayatnya.Boleh jelaskan kenapa?Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa10.05.2010
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
Antara berikut ayat manakah yang lebih sesuai? 1. Ibu sedang mengangkat pakaian dari ampaian. 2. Ibu sedang mengambil pakaian dari ampaian. Sekiranya ayat berikut betul atau salah. Bolehkah saya tahu mengapa? Atau adakah ayat lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi sama seperti di atas. Terima kasih.Kedua-dua ayat adalah betul. Perkataan mengangkat atau mengambil pakaian kedua-duanya sesuai digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mengangkat bermaksud membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Maksud mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya. Kesimpulannya, konsep mengangkat atau mengambil pakaian dari ampaian sesuai digunakan.Tatabahasa18.04.2018
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih.Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai  lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
Assalamualaikum tuan, Saya mempunyai dua kemuskilan 1.Bagaimana mengeja parkataan pakaian.Adakah dua sukukata atau tiga. 2.Mak Usu,Mak Long adakah kata nama khas atau kata nama am atau kata gelaran1. Ejaan pakaian tiga suku kata - pa.kai.an tetapi disebut dengan dua suku kata - pa.kaian
2. Mak usu, mak long ialah kata nama, kecuali Mak Usu Limah dan Mak Long Siti ialah kata nama khas.
Tatabahasa31.01.2012
Tuan, Yang mana satukah penterjemahan yang betul mengikut Hukum D-M. SHOP FOR FASHION MEN'S WEAR 1. Beli Fesyen Pakaian Lelaki ATAU 2. Beli Pakaian Fesyen Lelaki Terima kasihTerjemahan yang betul: Beli Pakaian Lelaki BerfesyenMakna11.02.2020
12345678

Kembali ke atas