Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betul | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Apakah padanan untuk "inner" baju? Pakaian ini dipakai oleh para Muslimah untuk menjaga aurat ketika memakai pakaian yang agak jarang atau berlengan pendek. Namun jika padanannya "pakaian dalam" atau "baju dalam", bukankah itu merujuk kepada anak baju yang membawa imej yang amat berbeza? | Cadangan kami terjemahan untuk perkataan inner yang kebiasaannya dipakai oleh muslimah ialah pakaian lapis dalam. | Makna | 08.01.2022 |
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap! | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah: Terima Kasih. Selamat beristirahat. Terbaik! Hebat! Mantap! | Lain-lain | 29.06.2021 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan di bawah: 1. Pakaian-pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal. (Bolehkah saya menggandakan KN dan KA dalam ayat ini?) 2. Dua ekor burung berterbangan di angkasa. ( Saya tahu berterbangan sudah membawa makna seperti subjek sudah dijamak, tetapi bolehkah saya meletakkan kata bilangan tentu pada subjek untuk menentukan bilangan jamak tersebut?). Harap pihak dbp boleh memberikan penjelasan yang jelas terhadap dua soalan tersebut, terima kasih. | 1. Penggandaan kata adjektif dan kata nama boleh digandakan dalam ayat yang digunakan namun ayat yang lebih betul ialah "Pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal." 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud berterbangan ialah terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak atau berhamburan (bertaburan) di udara. Maka ayat "Dua ekor burung berterbangan di angkasa" adalah betul | Tatabahasa | 24.05.2023 |
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih. | Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasih | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!
| Tatabahasa | 25.02.2014 |
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran | 1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan. 2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan. Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. 3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina 4b) sayur-sayuran - kata ganda Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Saya ingin bertanya. Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan samfu ialah pakaian wanita Cina. Apakah pula nama bagi pakaian lelaki cina? Ini kerana dalam carian saya di laman sesawang samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki cina tetapi tidak dinyatakan dalam kamus dewan. Terima kasih. | Untuk makluman, pihak kami juga menemui data yang sama dalam carian di Internet. Akan tetapi, kami tidak dapat membuat pengesahan bahawa samfu juga merujuk kepada pakaian lelaki Cina. Hal ini disebabkan kami hanya menggunakan apa yang terpapar dalam Kamus Dewan. | Istilah | 06.02.2017 |
1. Ali tersepak seketul batu. Perkataan “tersepak” digolongkan dalam kategori kata kerja transitif, kata kerja tak transitif atau kata kerja pasif? Sila berikan penjelasan. 2. “Pakaian itu diderma oleh Ali kepada mangsa banjir.”, “Pakaian itu diderma kepada mangsa banjir oleh Ali.” Ayat manakah yang betul? 3. “Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos.”, “Bersama-sama surat ini saya menyertakan wang pos.” Ayat manakah yang gramatis? Terima kasih. | 1. Perkataan tersepak dalam ayat tersebut ialah kata kerja transitif. 2. Ayat yang betul ialah Pakaian itu diderma oleh Ali kepada mangsa banjir daripada ayat aktif Ali menderma pakaian itu kepada mangsa banjir. 3. Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos. | Tatabahasa | 13.02.2015 |