Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ? | saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
1) "... doktor pakar bedah...". dalam cth ayat di atas, betulkah penggunaan perkataan 'doktor' di atas? atau mengandungi unsur lewah? atau hanya perlu ditulis sebagai : " ... pakar bedah / doktor bedah ..." mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan | Penggunaan "pakar bedah" sudah memadai kerana perkataan tersebut memang merujuk kepada doktor. | Lain-lain | 13.08.2015 |
1. Adakah Bahasa Slanga pada satu masa nanti mungkin akan menjadi sebahagian daripada Bahasa Standard? 2. Apakah perbezaannya antara Bahasa Slanga dan Bahasa SMS? Bukankah penggunaan Bahasa Slanga juga boleh di kesan dalam Bahasa SMS? | Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. Sesuatu kata slanga itu sekiranya diputuskan oleh pakar-pakar bahasa boleh dijadikan bahasa standard (berdasarkan peruntukan tertentu). Bahas SMS pula ialah kata-kata yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit atau lain-lain bagi menyampaikan maksud secara ringkas melalui medium tulisan. Bezanya dengan bahasa slanga ialah kata-katanya boleh secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan soalan ini kepada pakar-pakar bahasa di pusat pengajian tinggi. | Makna | 11.03.2007 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih. | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata. 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu 8. pembimbing yang diperakui | Tatabahasa | 04.10.2012 |
1. Adakah terdapat perkataan 'pakar nutrisi' ? Jika ada, apakah maksudnya? 2. Apakah panggilan bagi seseorang yang mahir dan pandai dalam bidang diet dan pemakanan ? | Dalam bidang perubatan Nutrition Officer diterjemahkan kepada Pegawai Pemakanan, maka orang yang ahli dalam hal berkenaan boleh digelar Pakar Pemakanan. | Lain-lain | 15.04.2015 |
Mengapakah DBP memutuskan untuk menggunakan istilah lohong hitam untuk padanan 'black hole' dan bukannya 'lubang hitam'. Adakah terdapat maklumat tentang keputusan tersebut daripada bahagian pembentukan istilah? | Keputusan memilih istilah tersebut ditetapkan oleh Jawatankuasa Istllah yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia akan menyusun dan menyebarluaskan istilah yang telah diputuskan melalui media cetak (penerbitan Glosari) dan media elektronik (PRPM- Pusat Rujukan Persuratan Melayu).1"> | Istilah | 12.04.2019 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih. | Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah: 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم 2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم 3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن 4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن 5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن 6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت کسلامتن 7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا 9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري | Ejaan | 02.12.2019 |
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH | 1) KEDAI AKSESORI KERETA = کداي اکسيسوري کريتا 2) PAKAR AKSESORI KERETA = ڤاکر اکسيسوري کريتا 3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 4)GEDUNG KOMPUTER = ݢدوڠ کومڤوتر 5) PENGIKLANAN = ڤڠيعلانن 6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI = کداي الت تيليکومونيکاسي | Lain-lain | 12.11.2019 |
Perbezaan Poliklinik dan Klinik. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 14.05.2009 |
Mohon penjelasan kepada tuan mengenai ayat di bawah: 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. Mengapakah SAYA menjadi objek sipi dan BAHAWA DIA AKAN KE SINGAPURA sebagai objek tepat. Tatabahasa Dewan tidak menjelaskan perkara tersebut. 2. Bolehkah ayat di bawah disongsangkan bentuknya (dikedepankan pelengkapnya): Dia berpendapat bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan. Jawapan diperlukan segera. Sekian, terima kasih. | 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. - pada asalnya saya tidak hadir dalam ayat ini, ayat asal berbunyi (Dia memberitahu bahawa dia akan ke Singapura - objek: bahawa dia akan ke Singapura), apabila ada penambahan perkataan saya - perkataan tersebut menjadi objek sipi. 2. Boleh disongsangkan menjadi "Bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan, pendapatnya". Untuk keterangan lanjut sila rujuk pakar-pakar bahasa. | Tatabahasa | 19.01.2010 |