Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kéj] | ڤاکيج

Definisi : (pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg di­kemukakan terhadap sesuatu urus niaga, per­khidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu; mempakejkan memasukkan tawaran (ca­dangan, perkhidmatan dsb) ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm pakej tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kéj] | ڤاکيج

Definisi : /pakéj/ 1 tawaran atau cadangan yg dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi. 2 ist atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakej


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010
'terdapat' boleh tak digunakan sebagai perkataan pertama/ permulaan dalam ayat? Contoh Terdapat tiga pakej dalam iklan ini iaitu pakej A, B dan C.

“Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat, sekiranya digugurkan pun tidak menjejaskan ayat. Contohnya, Tiga pakej dalam iklan ini, iaitu pakej A,B dan C.

Tatabahasa18.08.2014
apa yang dimaksudkan Pakej Rangsangan Ekonomi, dalam kamus dewan, pohon bantuan

Pakej Rangsangan Ekonomi ialah tawaran atau cadangan yang dikeluarkan oleh sesuatu pihak bagi merangsang atau melonjakkan perkembangan ekonomi semasa.

Lain-lain21.04.2010
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه اداLihat Lampiran.Ejaan31.03.2014
Saya ingin bertanya apakah perkataan translasi yang sesuai untuk "Easy-Entry Package"? "Easy-Entry Package" ialah 1 pakej baru yang kami perkenalkan untuk pembeli hartanah SEDC.

Terjemahan yang sesuai untuk "Easy-Entry Package" dalam bahasa Melayu ialah pakej kemasukan mudah. 

 

 

Istilah24.02.2009
Dalam iklan “Tawaran Pelawaan sebagai Penulis Pakej Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Tahun 1 untuk Kegunaan Mulai Tahun 2011” di laman sesawang DBP dan di akhbar, ada ungkapan “Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1” . Hal ini bermakna buku teks tahun satu akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Adakah penggunaan istilah “bahasa Malaysia” untuk buku teks sah dari segi undang-undang?Dalam Perlembagaan istilah bahasa Melayu digunakan, namun pada bulan Jun 2007 kebinet telah mengeluarkan arahan bahawa istilah bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi menggantikan istilah bahasa Melayu. Dalam hal yang saudara nyatakan ini, kami sarankan saudara merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain24.11.2009
APAKAH YANG DIMAKSUKAN DENGAN 1. KAJIAN SEPARUH PENGAL 2. PAKEJ RANSANGAN EKONOMI HIGH IMPACT PROJECT

Saudara perlu merujuk bahan-bahan yang berkaitan dalam bidang ekonomi di IPTA atau IPTS atau ahli/pakar ekonomi untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap.

Lain-lain11.08.2009
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr SakhilahKeputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti.Lain-lain11.08.2010
baru-baru ini terdapat iklan di akhbar mengenai tawaran membuat pakej buku teks pendidikan moral KSSR darjah 2. saya berminat untuk memohon namun dimana perlu saya merujuk mengenai perkara tersebut dan syarat-syaratnyaPenyertaan Sdr sebagai calon penulis amat kami alu-alukan. Iklan mengenainya serta syarat-syarat yang berkaitan terdapat dalam laman sesawang DBP. Sila rujuk laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila pastikan juga Sdr tidak terlepas tarikh-tarikh penting yang berkaitan sebagaimana yang diiklankan.Lain-lain29.06.2010
Apakah kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata berdasarkan ayat-ayat diberikan di bawah?Bolehkah menjelaskan sebab-sebab kesalahan tatabahasa itu?Terima kasih Dalam hal itu,negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN)dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard(SOP)yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi,politik dan sosial.
Cadangan jawapan yang betul ialah "Dalam hal itu, negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN) dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi, politik dan sosial."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa16.07.2021
12

Kembali ke atas