Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.ma] | ڤقما

Definisi : sj tumbuhan (parasit yg bunganya dibuat ubat), Rafflesia hasseltii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya.

Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

 

Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 

 

Tatabahasa15.08.2023

Kembali ke atas