Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : 1. perbuatan memestikan (orang me­lakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan; memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa: aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku; memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak; memaksakan menyorongkan (menganjur­kan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang; terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa; keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut; pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~ terhadap dirinya; pemaksa orang atau benda yg memaksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk bela­yar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : ark bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : waktu yg baik; kesempatan baik: angin ~ angin yg baik utk pelayaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paksa
Kata Terbitan : memaksa, memaksa-maksa, memaksakan, terpaksa, paksaan, pemaksaan,

Puisi
 

Anak raja jalan berpimpin,
     Jalan mari tepi pantai;
Sudah sampai buah bermusim,
     Paksa kelompang dengan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulan terang paksa baik;
     payang ke laut,
balok pun ke laut juga.

Bermaksud :

Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TKDalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa.Istilah20.12.2011
definisi ragutRagut bermaksud menarik (menyentap, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan; memakan rumput hidup; mencabut, merampas menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa.Makna02.06.2008
definisi & pengenalan rompakanRompakan didefinisikan sebagai mencuri dengan cara memecah rumah orang, mengambil barang orang secara paksa atau perampasan barang dan harta secara paksa.Makna12.01.2007
perkataan yang sesuai dengan ayat "menarik sesuatu secara paksa".Heret atau Seret.mana yang lebih sesuai.Kedua-dua perkataan seret bersinonim dengan perkataan heret, oleh itu boleh digunakan bagi maksud "menarik sesuatu secara paksa".Tatabahasa17.04.2009
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'.Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang.Lain-lain15.03.2019
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUTMenurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa.Makna21.08.2006
Kelihatan sekawan zirafah sedang meragut daun dari pokok yang tinggi. Adakah betul penggunaan meragut bagi haiwan tersebut?.Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "meragut" ialah menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dengan paksa atau dengan ke­kuatan. Oleh itu, berdasarkan cadangan ayat tersebut, perkataan meragut boleh digunakan dalam konteks tersebut.



Tatabahasa11.06.2020
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq

Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong.  

Tatabahasa20.07.2011
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ?

Waalaikumusalam wbk.

Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya:

1.   Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari      Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang

2.   Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang.

3.   Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. 

Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut.

Sekian dan wassalam.

 

Lain-lain23.07.2009
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
12

Kembali ke atas