Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TD Edisi Ketiga ( m/s 244-247)membincangkan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan. Selain yang dibincangkan, cara lain boleh tak diterima seperti .. (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik betul (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik betul.

 (i) sungguh cantik betul.

(ii) paling cantik 

(iii) sangat cantik betul.

(iv) amat cantik nian.

(v) tercantik.

Tatabahasa05.03.2010
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih."Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak.Tatabahasa20.08.2015
salam.saya igin kepastian utk ayat2 ini.pilihan jwpn trdiri dr 2 jwpn.ayat2nya ialah : I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? II. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? III. Mengapa kita harus berkumpul di bilik makmal komputer? IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni?Jawapan yang betula ialah I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? dan IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni?Tatabahasa13.08.2012
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih

Saudari,

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu

ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.

Tatabahasa04.08.2012
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & KomunikasiPada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan04.12.2014
Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih.

Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan.  Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506

Penyemakan dan penterjemahan25.09.2014
Salam Sejahtera, Apakah penggunaan paling tepat bagi menggambarkan unit masa di dalam urusan rasmi Kerajaan? Adakah (contoh): i) 8.00 pagi atau ii) 8:00 pagi Jika kedua-dua boleh digunapakai, yang manakah yang menjadi keutamaan terutamanya dalam urusan rasmi? Harap dapat membantu. Sekian, Terima Kasih.

Kaedah menulis masa yang betul ialah 8.00 pagi.

Lain-lain31.07.2024
(i) ... menghadapi pelbagai rintangan... (ii) ... menghadapi rintangan.... (iii) ... menghadapi banyak masalah... (iv) ... banyak menghadapi masalah .... Yang mana antara ayat di atas yang tepat dan apakah alasannya?Yang paling tepat ialah menghadapi rintangan - kata kerja transitif (menghadapi) dan diikuti dengan objek (rintangan).Tatabahasa18.09.2008
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan

Saudara Tajmohd,

Kami cadangkan frasa berikut:

i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori

Lain-lain16.07.2009
12345

Kembali ke atas