Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih. | "Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
apakah yang dikatakan dengan darjah penghabisan kata adjektif? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244 menerangkan tentang penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan yang boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu: i. se- + KA + gandaan + KN ii. ter- + KA iii. paling + KA iv. KA + sekali v. ter + amat/sangat + KA vi. amat/sangat/sungguh + KA + sekali Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal? | betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih | Saudari, Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut: i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 04.08.2012 |
TD Edisi Ketiga ( m/s 244-247)membincangkan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan. Selain yang dibincangkan, cara lain boleh tak diterima seperti .. (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik betul (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik betul. | (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik. | Tatabahasa | 05.03.2010 |
sy pelajar tingkatan 3..sy menghadapi masalah tentnag peggunaan kata penguat..adakah kata penguat boleh digunakan sekali dlm satu ayat???? contoh ayat:suaranya sunnguh amat merdu.. adakah ayat ini boleh diterima.?????? | Menurut buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut: i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 29.06.2008 |
(a) Adakah kata adjektif emotif (perasaan) tidak boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, misalnya amat takut sekali / sangat bimbang sekali? (b) Jika kata penguat "amat sangat" diterima, bagaimanakah pula dengan "amat sungguh", ataupun "sungguh sangat"? (c) Adakah kata hubung "jikalau" merupakan singkatan daripada "jika" dan "kalau"? Dan, bolehkah "jikalau" digunakan sebagai bahasa baku? Sekian, terima kasih. | (a) Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah.. i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Namun begitu, binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. (b) Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat", tetapi dari segi penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. (c) Betul. Kata hubung"jikalau" merupakan kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; kalau. Perkataan ini terhasil singkatan daripada "jika" dan "kalau". Oleh itu, perkataan ini diterima pakai dalam bahasa Melayu baku. | |
|
| Tatabahasa | 25.06.2008 |
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih... | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih. | Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506 | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2014 |
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu. | Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik iii. paling + kata adjektif : paling lazat, paling pandai iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali, Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . | Tatabahasa | 09.12.2010 |