Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan. | 'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama. | Tatabahasa | 18.09.2008 |
rujukan paling baik dan sesuai untuk terjemahan dari melayu ke inggeris atau inggeris ke melayu? | Dalam konteks di Malaysia ada dua badan berautoriti yang melaksanakan fungsi penterjemahan, iaitu Institut Terjemahan Negara dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Khidmat penterjemahan juga banyak dibuat oleh penterjemah bebas dan juga laman web. Walau bagaimanpun DBP tidak mempunyai maklumat tentang perkhidmatan tersebut. | Lain-lain | 10.02.2012 |
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul? | Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah". | Tatabahasa | 05.07.2011 |
jika kita menggunakan singkatan nama seperti bin dan binti, encik dan puan, perlukah meletakkan titik selepas perkataan tersebut? | Yang paling baik ialah menulis penuh ejaan tersebut, bagaimanapun jika ada keperluan untuk menggunakan singkatan tidak salah. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt., manakala En. dan Pn. sebagaimana Encik boleh disingkatkan kepada En., begitu juga Puan boleh disingkatkan kepada Pn. | Ejaan | 19.08.2017 |
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa? | Waalaikumussalam, Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi. | Sastera | 20.06.2019 |
ape maksud pengoptimuman (optimization)??? | Saudara, Perkataan ini bermaksud pelarasan unsur-unsur dalam sistem atau pemprosesan untuk mendapat hasil yang paling baik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna yang lebih lanjut. | Makna | 08.01.2010 |
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih. | 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
bagaimana cara untuk tahu sesuatu ejaan itu betul... adakah dengan cara menggunakan pola keselarasan vokal?? | Pola keselarasan vokal ialah salah satu rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja dengan tepat. Cara yang paling baik ialah sentiasa merujuk kamus. | Ejaan | 26.05.2011 |
Mohon semakan bagi 3 cadangan tajuk syarahan program bicara seni kami - "Penghayatan Sejrah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah Dalam Membina Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah : Pembinaan Jati Diri Bangsa" | Antara ketiga-tiga tajuk tersebut, tajuk yang paling baik ialah "Penghayatan Sejarah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'Seven | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. | Tatabahasa | 28.03.2013 |