Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana satukah yang tepat dan mengapa? Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam pelbagai aspek kehidupan seharian terutama dalam konteks profesional. atau Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, terutamanya dalam konteks profesional.

Ayat yang lebih gramatis ialah ‘Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks profesional’.

Tatabahasa05.07.2024
Perkataan ‘lebihan’ adalah salah ataupun ayat ini mengandungi kesalahan kata atau satu kesalahan tatabahasa? Paling penting sekali kita kena pastikan ada lebihan pendapatan setiap bulan.Perkataan lebihan boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Ayat yang betul:
Yang paling penting, kita kena memastikan ada lebihan pendapatan setiap bulan.
Yang penting sekali, kita kena memastikan ada lebihan pendapatan setiap bulan.
Lain-lain15.08.2021
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata larangan 'jangan'. Bolehkah kata ini digunakan di tengah-tengah ayat? Contohnya: Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha. Sekian, terima kasih.Salam,

Kata "jangan" boleh digunakan di tengah-tengah ayat seperti contoh ayat yang diberikan, "Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha".
Tatabahasa19.08.2015
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduanKarya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih.Lain-lain25.12.2006
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009
bolehkah saya menggunakan ayat .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karanganAyat yang lebih tepat dan dicadangkan dalam karangan:

Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak. Hal ini disebabkan masalah pencemaran sungai semakin berleluasa. Selain itu, perkara yang paling penting ialah masyarat perlu ditanam dengan rasa cinta akan alam sekitar.
Tatabahasa25.07.2016
saya ingin bertanya: 1.bagaimana pembentukan kata kerja sisipan berlaku,adakah dibina daripada kata dasar contoh:semerbak apakah kata dasarnya dan mengapa bila disisipkan menjadi bersemerbak,apakah huruf yang disisipkan.minta penjelasan 2.Boleh pihak tuan memberikan tip penting untuk membina karangan

Sisipan wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh yang saudara beri -semerbak merupakan bentuk sisipan kata adjektif. kata asalnya serbak - sisipan em di situ menjadi - semerbak. Untuk membina karangan paling penting saudara perlua mengetahui format dan menguasai tajuk yang bakal ditulis. sila rujuk buku-buku yang berkaitan dengan penulisan karangan untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa24.07.2008
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin.Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.07.2009
12345

Kembali ke atas