Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah syarat-syarat dan kriteria untuk menjadi Munsyi Dewan dan apakah keistimewaannya?

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Syarat paling utama untuk menjadi Munsyi Dewan (MD) ialah minat serta komitmen dalam menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu kelulusan dan pengalaman bertugas sama ada sebagai guru atau tenaga pengajar juga penting. Kakitangan kerajaan yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam pengajaran bahasa dan penulisan juga amat duialu-alukan.

Pihak kami akan mengiklankan pengambilan Munsyi Dewan dalam akhbar  Berita Harian dan Utusan Malaysia. Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Terima kasih.

Lain-lain05.03.2009
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"?Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. Makna15.12.2021
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan:



1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 

2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung

3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 

4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara

5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata

6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya

Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom).

7. Parallel style: Gaya sejajar/selari

8. Convey the spirit: Memberikan semangat 

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna13.10.2021
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan terutamanya?

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2490, perkataan “terutama” merupakan kata adjektif terbitan yang bermaksud paling utama; mula-mula sekali; lebih baik; lebih-lebih lagi.

Dalam penulisan, perkataan “terutama” digunakan sebagai penanda wacana, iaitu unsur yang menghubungkan atau mengaitkan pelbagai entiti dalam sesuatu wacana. Perkataan “terutama” atau “terutamanya” digunakan untuk menjelaskan atau menekankan tentang suatu hal atau aspek yang memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu pada ayat.

Oleh yang demikian, perkataan “terutamanya” digunakan pada bahagian tengah ayat dan tidak digunakan pada awal ayat. Contoh ayat:

  1. Coklat merupakan manisan yang disukai ramai terutama kanak-kanak.
  2. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan contoh penggunaan perkataan “terutama” atau “terutamanya”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa03.10.2024
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskanCiri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.02.2013
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
Yang mana paling tepat: a) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga.". b) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga". c) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga."Penggunaan tanda baca yang betul ialah Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga."Ejaan15.02.2012
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama.Tatabahasa07.05.2008
Salam, manakah rujukan yang paling tepat /rujukan utama antara www. ejawi. net dan prpm.dbp. gov.my ?sebab ada percanggahan ejaan antara dua laman web ini. Terima kasih. :)Kedua-dua perisian ini amat berguna  sebagai wahana rujukan tulisan Jawi.  Rujukan  PRPM lebih berwibawa kerana  mengikut Ejaan Jawi yang Disempurnakan dan diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan teknikal yang melibatkan ejaan, contohnya perkataan "BERHAD". Tuan/puan boleh juga merujuk DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI EDISI KEDUA.  Lain-lain18.12.2017
123456

Kembali ke atas