Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mér] | ڤامير

Definisi : (pamér) mempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dll); mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjuk­kan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air; pameran pertunjukan (hasil seni, buku, dll); pempamer pihak atau orang yg mempamer­kan sesuatu produk, barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mér] | ڤامير

Definisi : /pamér/; mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah etimologi perkataan pamer? Mengapa ia apabila menerima imbuham "mem-" menjadi mempamerkan dan memamerkan? Terima kasih didahulukan.Kata pamer ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia. Oleh itu apabila mendapat imbuhan meN, perkataan pamer kekal menjadi pempamer.
Lain-lain08.12.2016
Tuan, Saya ingin bertanya mengapakah orang yg memamerkan barang di panggil pempamer, bukan pemamer?

Encik Rosli,

Kata pamer ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia. Oleh itu apabila mendapat imbuhan meN, perkataan pamer kekal menjadi pempamer. 

Tatabahasa05.07.2010
paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer?Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151.Tatabahasa13.08.2008

Kembali ke atas