"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif? | Frasa "berkenaan dengan" adalah betul. | Tatabahasa | 01.11.2013 |
Salam sejahtera Tuan, Wang yang diberikan kepada orang yang diminta berpindah ke tempat lain dipanggil apa? 'Wang pindah' atau 'pampasan untuk berpindah'?Sekian, terima kasih. | Frasa yang boleh digunakan ialah wang pampasan untuk berpindah. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsociety | Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. | Lain-lain | 31.10.2014 |