Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB bp alat utk menggoreng (memasak); dipan dimasak (goreng) dlm pan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pan I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Pan Borneo Sabah. Sebutan pan tu pan ka atau pen? Terima kasih.Sebutan pan (misalnya dalam Pan Borneo Sabah) dalam bahasa Melayu ialah [pan].






.
Lain-lain20.09.2023
Adakah kosa kata "pan" sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu? Contohnya Lebuh Raya Pan Borneo. Di Singapura misalnya, Pan Island Expressway (PIE) diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE). Adakah sepatutnya Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Borneo?

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan pan ialah awalan asing yang membawa maksud seluruh atau segenap dan juga alat untuk menggoreng. Perkataan pan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu seperti dalam pan-Afrika dan pan-Asia. Jika mengikut padanan maksud ayat, Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Seluruh Borneo. Walau bagaimanpun, perkataan tersebut telah didaftarkan/ digazetkan.  

Istilah29.03.2018
Pan- Asian atau pan- asian? Ejaan yg betul ialah?Ejaan yang betul ialah pan-Asia.Tatabahasa01.10.2013
Apakah terjemahan sesuai bagi 'pun intended' ke dalam bahasa Melayu?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi "pun" ialah pan. Pan bermaksud permainan kata-kata berdasarkan persamaan dari segi bunyi antara dua perkataan yang berlainan makna yang digunakan dalam bidang sastera dan linguistik.


Cadangan kami bagi terjemahan tersebut ialah
pan bermaksud.

Makna28.06.2018
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasihTiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut,Istilah17.09.2017
Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk Pan+frying&d=129316&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan24.09.2017
Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an?

Puan Isme Azura,

Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan.

Tatabahasa19.04.2010
Salam. Ejaan sebenar bagi KM 0 TELOK MELANO LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK. Ejaan Lebuhraya atau lebuh Raya? Terima KasihEjaan yang betul ialah lebuh raya (ejaan dijarakkan). Contoh: KM 0 Teluk Melano Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Kekecualian berlaku jika kata/nama tersebut telah diwartakan atau digazetkan oleh kerajaan, seperti Keretapi Tanah Melayu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ejaan keretapi dan bandaraya dirapatkan).Ejaan09.09.2023
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi "bucket balance" dan "pan balance"? Kedua-duanya ialah jenis penimbang berat, yang digunakan dalam bidang matematik. Terima kasih.
Dalam data kami, pan balance diberikan padanan 'ceper neraca', manakala bucket balance tiada dalam data. namun dalam istilah matematik, bucket ialah ' bakul'. berdasarkan itu, kami mencadangkan padanan 'bakul neraca' untuk istilah bucket balance. 

Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an

Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'.

Lain-lain09.01.2009
123

Kembali ke atas