Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Cuaca hari itu panas. 2. Cuaca pada hari itu panas. Jawapan 1 atau 2 adalah betul ? Terima kasih..Ayat yang gramatis ialah cuaca pada hari itu panas.Tatabahasa22.06.2010
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih.Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai  lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih.1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros.
2. Panas daripada oven.
3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu.
Tatabahasa02.06.2012
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih.

Sdr. Gan,

1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah.

2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila

3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah

4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya.

Makna01.12.2010
istilah bahasa melayu jenis kertas cat air (lukisan) 1.cold press paper 2.soft press paper 3.hot press paper

Tidak ada padanan bagi istilah tersebut dalam sumber rujukan kami. Mengambil contoh istilah hot press yang diberi padanan cetak panas, kami mencadangkan padanan bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut: cold press paper = kertas cetak sejuk, soft press paper = kertas cetak lembut dan hot press paper = kertas cetak panas.

Istilah05.09.2011
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CKNya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas.Tatabahasa19.01.2012
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat.

Lain-lain08.06.2010
Bolehkah klausa di bawah digunakan ? 1. rindu serindu rindunya. 2. sayang sesayang sayangnya. 3. panas sepanas panasnya.Klausa tersebut betul dan boleh digunakan.Tatabahasa30.03.2010
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".
2.  Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih.

1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.

2.  Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Tatabahasa31.05.2011
12

Kembali ke atas