Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih. | 1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa | Tatabahasa | 13.07.2016 |
apakah yang dimaksudkan dengan simfoni | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan pancaragam yang berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.
| Tatabahasa | 10.01.2013 |
Tuan/Puan, Dalam ujian bulan Mac anak saya baru-baru ini, ada satu soalan yang meminta pelajar memilih ayat yang betul. Saya mendapati terdapat dua ayat yang betul dalam soalan tersebut iaitu: 1. Rumah saya wangi. 2. Roti canai itu berbentuk leper. Guru bahasa Malaysia mengatakan ayat "rumah saya wangi" adalah salah kerana ayat yang betul sepatutnya berbunyi "rumah saya berbau wangi". Memandanagkan wangi adalah kata adjektif panca indera untuk bau, penggunaan wangi sememangnya adalah berkenaan dengan bau jadi tidak diperlukan perkataan berbau apabila kita hendak menggunakan adjektif wangi. Saya inginkan markah bonus untuk anak saya yang memilih ayat "rumah saya wangi" sebagai ayat yang betul. Saya berharap tuan/puan boleh memberi sedikit nasihat atas ayat berkenaan. Terima kasih. Yang benar, En. Lau | Kami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Rumah saya berbau wangi". Wangi ialah adjektif sama seperti besar. Bagaimanpun penutur jati bahasa Melayu tidak mengungkapkan rumah saya wangi sama seperti rumah saya besar. Ayat ini perlu dijelaskan maknanya dengan binaan ayat frasa nama (rumah saya) + frasa kerja (berbau wang). | Tatabahasa | 16.03.2017 |