Soalan 1 : Hi, saya ada soalan mengenai label makanan untuk mendapatkan istilah yang betul untuk bahasa melayu Soalan 1) Avoid direct sunlight Option a : Jauhkan daripada pancaran terus matahari Option b : Jauhkan dari pancaran matahari langsung. Soalan 2) Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka. Consume within 5 days Option a : Habiskan dalam masa 5 hari Option b : Habiskan di dalam masa 5 hari | Padanan bahasa Melayu bagi ayat Avoid direct sunglight ialah "Jauhkan produk daripada cahaya matahari". Padanan bahasa Melayu bagi ayat Consume within 5 days ialah "Habiskan dalam masa lima hari". | Tatabahasa | 12.08.2024 |
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang | Saudara Shevir, Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Ali duduk (berminggu) kerana terlalu letih. (b) Sulaman yang (dipukul) dengan teliti itu kelihatan cantik dan bermutu. (c) Bapa saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam (halaman) komputer. (d) Pengalaman yang pahit itu akan dijadikan satu (halaman). (e) Peragawati itu sedang memperagakan baju fesyen baru yang (halus) di atas pentas. (f) Pusaka peninggalan Tok Ahmad telah (disalin) kepada satu badan kebajikan. (g) Bajunya menjadi (gelap) setelah dibiarkan terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari. (h) Budak nakal itu (menggelapkan) duit ibunya di bawah bantalnya. (i) Kilang papan itu menghasilkan banyak (daki). | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |