Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : ; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit; memancitkan memancutkan cecair (air, mi­nyak dsb) sedikit-sedikit, menyebabkan me­mancit: pemancit ini berupa muncung utk ~ petrol ke dlm alur masuk. pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg mengawal ~ petrol; pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan; pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus digunakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : menjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : ; memancit memancut sedikit demi sedikit. memancitkan memancutkan (ubat dsb) sedikit demi sedikit. pancitan keluarnya sesuatu (ubat, air dsb) hasil memancit atau memancitkan: Alat itu adalah utk mengawal ~ petrol. pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan. pemancit alat utk memancitkan sesuatu: Ubat itu diberikan dgn menggunakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.cit] | ڤنچيت

Definisi : bocor atau pecah (bkn tayar). memancitkan menyebabkan (tayar) pancit kerana keluar anginnya (akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb: Budak-budak nakal itu ~ tayar keretanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pancit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kesalahan ayat: Azlan menuntun basikal yang tayarnya pancit pulang ke rumah.Ayat yang gramatis ialah Azlan menuntun basikal yang pancit tayarnya pulang ke rumah.Tatabahasa04.07.2012
Selamat petang . 1. adakah ayat di bawah betul? Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.Ayat tersebut tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.Tatabahasa19.06.2012
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih.Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap.

Contoh:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
Tatabahasa06.07.2013

Kembali ke atas