Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang bermacam-macam ragam. 2. Hadiah itu tidak untuk Hidayah tetapi untuk adiknya. 3. Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.

Ayat 1 dan 3: “Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang (bermacam/bermacam-macam) ragam.”  dan “Bunga/Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.” betul tetapi terdapat penggunaan kata ganda yang lewah kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak.

Ayat 2 “tidak” diganti dengan “bukan” - “Hadiah itu bukan untuk Hidayah tetapi untuk adiknya.”(Kata nafi “bukan’ berfungsi untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala kata nafi “tidak” untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.)

 

Tatabahasa12.08.2020
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih....Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh.Tatabahasa02.09.2013
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih.Salam sejahtera,

Soalan 1

Jawapan yang betul:
(a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu.

Soalan 2

Jawapan yang betul
(a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
Tatabahasa04.06.2017
1. Cikgu menyentuh tentang masalah disiplin murid. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Bapa mengambil berat tentang pelajaran kami. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Dia juga pandai/Dia pandai juga.Ayat (1) dan (2)  boleh menggunakan 'tentang' yang bermaksud mengenai atau berkaitan dengan. Manakala ayat (3), kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa20.08.2010
1)Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.(Ayat ini kena tambah "tetapi" atau tidak perlu?) 2)Dia teringat (pada/akan) ibunya.(perkataan "pada" atau "akan" yang tepat?Atau dua-dua pun betul?)1) Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.
-sudah gramatis. Tidak perlu letak "tetapi'.

2)Dia teringat akan ibunya.

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

Tatabahasa07.09.2012
Mana ayat yang betul dan kenapa ? 1. Dia amat pandai sekali dalam kelas. 2. Dia amat pandai dalam kelas. Terima kasih.Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat bebas tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.Tatabahasa26.09.2012
Adakah kedua-dua ayat berikut betul? 1) Antara Sofia dan adiknya, Sofia lebih pandai menjahit. 2) Antara Sofia dengan adiknya, Sofia lebih pandai menjahit.Ayat yang betul ialah Antara Sofia dengan adiknya, Sofia lebih pandai menjahit.

Tatabahasa04.09.2021
1. Betulkah ayat ini? - Dia amat pandai sekali. 2. Betulkah penggunaan 'oleh kerana', 'oleh sebab', dan 'di kalangan'?1. Dia amat pandai sekali - ayat ini betul. 2. 'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' , bukan 'oleh kerana'. Di kalangan atau dalam kalangan, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa28.07.2008
1)Saya mahu membeli sayur ini keseluruhannya. 2)Secara keseluruhan, dia ialah murid yang pandai. 3) Pada keseluruhan, dia ialah murid yang pandai. Adakah ayat -ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah:

i. Saya mahu membeli keseluruhan sayur ini.
ii. Secara keseluruhannya, dia murid yang pandai.
Tatabahasa03.06.2024
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  1">Tatabahasa06.12.2014
123456

Kembali ke atas