Salam, saya ingin bertanya: Hilang dari pandangan. ATAU Hilang daripada pandangan Kata sendi nama DARI digunakan untuk tempat, masa, dan arah | Jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada tempat memandang maka kata sendi yang betul ialah dari - hilang dari pandangan, manakala jika pandangan dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada hasil memandang maka penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - hilang daripada pandangan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka. | 1) Asing pada pandangan matanya 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Mohon pandangan tuan/puan, yang mana satu antara berikut adalah betul penggunaannya: 1. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan di atas perkara ini didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih 2. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee Huay | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh; 1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan. | Istilah | 08.10.2012 |
Mohon pandangan tentang penggunaan istilah 'MAMPAN' dan 'LESTARI' yang merujuk kepada istilah Bahasa Inggeris 'SUSTAINABLE/SUSTAINABILITY' dalam penulisan kertas kerja atau tesis. Istilah mana yang lebih umum dan sesuai serta banyak digunakan? | Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya, manakala lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap dan sering digunakan untuk merujuk keadaaan seperti kelestarian hutan, persekitaran dan lain-lain, iaitu yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal. Berdasarkan huraian tersebut, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan. | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
Mohon pandangan, adakah perkataan 'body kit' sesuai digunakan untuk premis aksesori kenderaan...? Mohon cadangan ayat yang sesuai bagi iklan seumpama ini. TK | Untuk makluman, perkataan 'kit' memang terdapat dalam istilah dan kamus terbitan DBP. Kit dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang. Walau bagaimanapun, perkataan body kit tidak boleh digunakan kerana merupakan perkataan bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah kit badan kenderaan atau kit bahagian kenderaan. | Istilah | 02.11.2011 |
Mohon pandangan tuan : pendingin hawa atau penghawa dingin | Istilah yang betul ialah penyaman udara (air conditioner). | Istilah | 21.09.2011 |
tuan pandangan orang tua-tua harus diambil kira dan ditimbang sebelum sebarang tindakan diambil. tuan, mengikut jawaban buku, ditimbang adalah salah. tetapi saya merujuk kamus bahawa menimbangkan sama dengan menimbang maka, saya kekeliruan bahawa sama ada ayat itu betul atau tidak. tq | Merujuk Kamus Dewan, salah satu makna menimbangkan ialah menimbang, iaitu memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu. Berdasarkan makna tersebut, ayat itu betul. | Tatabahasa | 19.09.2011 |