Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendapat tentang hidup, falsafah hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah betul, "pandangan hidup" atau "pandangan kehidupan", "gaya hidup" atau "gaya kehuidupan"? "Live" perbuatan bahasa Inggeris yang sepadan dengan "hidup"; "life" pula nama "live" bahasa Inggeris dan setimbal dengan "kehidupan". "Kehidupan" bentuk nama bagi perbuatan "hidup". Jadi, saya berpendapat bahawa yang betul "pandangan kehidupan" dan "gaya kehidupan" kerana "gaya kehidupan" selari dengan "lifestyle". Jika kita menulis "gaya hidup, maka padanan dalam bahasa Inggeris "livestyle", ini tidak betul! Lebih-lebih lagi, kita hendak menerangkan gaya tentang hal hidup kita, seperti gaya tidur kita, iaitu pukul berapa tidur, adakah berjoging antara hal hidup (kehidupan) kita, pemakanan antara hal hidup kita, jadi "gaya kehidupan" ini termasuklah gaya kita makan, sama ada makan makanan sihat atau sebaliknya. Samalah halnya dengan "pandangan kehidupan" - pandangan tentang hal-hal yang berlaku semasa kita hidup, hal hidup. "Gaya hidup" membawa maksud yang salah, kerana "hidup" ada kaitan dengan keadaan ada nafas, maka "gaya hidup"lah gaya bernafas kita, gaya kita "ada nyawa" (hidup = ada nyawa), maka tidak sampailah maksud! Kehidupan = life, lifestyle = gaya kehidupan.Untuk makluman, gaya hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah "life style' dan pandangan hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk "worldview" atau "world outlook". Istilah ini telah digunakan dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak perlu ditukar kerana telah diterima dan telah mantap. Sekiranya puan tidak bersetuju dengan istilah tersebut, sila kemukakan pandangan puan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah16.12.2016
apakah maksud HedonismaHedonisme bermaksud, suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.Makna10.10.2006
Budaya Hedonisme di kalangan remajaHedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna18.05.2007
apakah maksud hedonisme menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 523, hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.07.2010
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme?Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.11.2009
Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup.Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my.Istilah30.09.2013
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ?saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.Tatabahasa16.09.2007
Mohon pandangan dari segi bahasa dan penggunaannya berhubung cadangan nama Jabatan Landskap, kehijauan Bandar dan Ekologi bagi tujuan memantapkan fungsi Jabatan Landskap, MBPJ ke arah usaha menghijaukan bandar dan menyediakan persekitaran hidup yang selesa, sihat dan berkualiti untuk didiami.

Saudara Zurai,

Kami mencadangkan nama berikut: Jabatan Landskap dan Ekologi Bandar

Lain-lain12.06.2009
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini?Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan  itu.  Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Tatabahasa09.02.2010
1)Gambar itu digantungkan pada dinding sebagai (hiasan/ perhiasan). Ini merupakan soalan upsr. Jawapan yang diberikan ialah hiasan. Apakah perbezaan hiasan dan perhiasan? Kamus dewan memberikan maksud yang sama. 2)Emak _______ menyiram pokok itu agar hidup subur. A. kerap B. selalu C. sering Mengapakah jawapan yang diberikan ialah A? Berdasarkan rujukan Kamus Dewan, ketiga-tiga jawapan memberikan maksud yang sama.

Sdr.Ng

Saya juga telah melihat kamus tentang kedua-dua perkataan ini dan memang kesemuanya sama. Pada pandangan saya perkara begini tidak seharusnya berlaku.

Tatabahasa15.08.2010
12

Kembali ke atas