Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteri | Tatabahasa | 09.11.2007 |
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji | 1. mutiara kata 2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa. 3. pandu uji | Istilah | 12.05.2011 |
Apakah pengguna istilah yang benar untuk dua perkataan ini? Istilah "pandu lalu" atau "pandu laju"? | Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan istilah Drive Thru. Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran. | Istilah | 15.07.2018 |
Mengapakah di beberapa kedai yang menyediakan makanan segera seperti KFC dan McDonald menggunakan perkataan "pandu laju" dan bukannya "pandu lalu"? | Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan istilah Drive Thru. Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran. | Istilah | 15.07.2018 |
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasih | Bulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll | Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini. | Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini. | Tatabahasa | 01.12.2016 |
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)? Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu. Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan. Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain. | Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya. | Makna | 25.05.2017 |
Merujuk semula kepada jawapan daripada KND pada 29/05/2017 Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya. Soalan saya yang asal memang berkaitan HUD dalam bidang teknologi maklumat dan bukannya HMD.
Keterangan yang saya berikan adalah berkaitan huraian sistem paparan atas skrin (seperti monitor, skrin telefon), bukannya huraian sistem paparan yang dipakai di kepala (seperti gogel).
Jadi, adakah HUD dalam bidang teknologi maklumat juga perlu dipadankan kepada istilah papar pandu (istilah dalam bidang aeroangkasa) walaupun paparan HUD dalam perisian (terutamanya permainan video) yang dipaparkan dekat skrin monitor atau skrin telefon tersebut langsung tiada kaitan dengan aktiviti pandu (seperti kelajuan atau ketinggian pergerakan) dan sebaliknya memaparkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (seperti barangan yang boleh digunakan daripada beg yang dibawa)? | Salam sejahtera, Tuan, Merujuk maklum balas tuan, HUD dalam bidang teknologi maklumat boleh dipadankan kepada istilah papar pandu. Sekian.
| Istilah | 30.05.2017 |