Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pengguna istilah yang benar untuk dua perkataan ini? Istilah "pandu lalu" atau "pandu laju"?Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan  istilah Drive Thru.  Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran.Istilah15.07.2018
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini.Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini.Tatabahasa01.12.2016
Mengapakah di beberapa kedai yang menyediakan makanan segera seperti KFC dan McDonald menggunakan perkataan "pandu laju" dan bukannya "pandu lalu"?Perkataan yang betul ialah Pandu Lalu iaitu padanan  istilah Drive Thru.  Sekiranya restoran tersebut membuat kesilapan, sila buat aduankepada pihak kami melalui Pantau Tegur Bahasa supaya pihak kami boleh membuat teguran.Istilah15.07.2018
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia yang boleh digunakan sebagai pilihan bahasa di laman web? Istilah BI -BM a.drive through b.drive thru c.pandu lalu d.book dropBahasa Melayu dan bahasa Malaysia, kedua-duanya boleh digunakan, kebiasaannya untuk subjek dan bahasa itu sendiri disebut bahasa Melayu.Lain-lain08.07.2010
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadPeraturan ejaan yang  menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun.Ejaan13.01.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah berikut: 1) Runaway train - Adakah "kereta api lari" padanan yang baik? Konteks https://en.wikipedia.org/wiki/Runaway_train 2) Drive-by shooting - Adakah "penembakan pandu lalu" padanan yang baik? Konteks https://en.wikipedia.org/wiki/Drive-by_shooting. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

1) Runaway train = kereta api luar kawalan
2) Drive-by shooting = penembakan gerak lalu
Istilah13.12.2018

Kembali ke atas