Saya ingin bertanya.Apakah penggunaan yang betul bagi panggang dan bakar.Misalnya roti bakar.Apabila saya melihat Kamus Dewan edisi ketiga lebih sesuai untuk roti panggang.Tolong terangkan penggunaan yang lebih tepat untuk panggang dan bakar. | Yang lebih sesuai digunakan ialah roti bakar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, panggang ialah sesuatu yang dimasak di atas bara api, manakala roti dimasak di dalam pembakar roti, oleh itu dinamai roti bakar dan dalam bahasa Inggeris ialah toast. | Lain-lain | 11.09.2009 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih. | Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.12.2023 |
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasak | Assalamualaikum, Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak: 1. gril (makna ke-4 lihat menggril) Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus. 2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang) Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Merujuk kepada soalan saya tempoh hari, belum lagi terjawab. Soalannya seperti berikut - Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih. | Terjemahan bagi yang lebih sesuai bagi "Grilled Lamb with Vegetables" ialah "Kambing Panggang dengan Sayuran" | Lain-lain | 02.10.2017 |
saya ingin mengesahkan terjemahan seperti dibawah adalah betul? kalau salah, mohon utarakan terjemahan yang betul. Organic Baked Beans in Tomato sauce = Kacang Panggang dalam Sos Tomato organik. Terima Kasih. | Cadangan terjemahan yang betul ialah Kacang Panggang Organik dalam Sos Tomato. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.07.2022 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih | | Makna | 26.09.2017 |
Asalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai untuk: Ground press coffee, dark roast Terima kasih! | Terjemahan bahasa Melayu untuk "ground press coffee, dark roast" ialah biji kopi panggang yang pekat. Walau bagaimanapun, terjemahan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 01.09.2020 |
Salam tolong beritahu yang manakah jawapan yang paling tepat untuk soalan yang saya lampirkan ini. | Berdasarkan gambar yang diberi, perkataan yang lebih sesuai ialah "bakar" kerana bakar merujuk kepada proses masakan menggunakan api. Panggang merujuk kepada proses masakan menggunakan arang api (tanpa api). Salai pula merujuk proses masakan yang diasapi. | Lain-lain | 27.06.2019 |
Berikut saya lampirkan saoalan saya kerana soalan ini berdasarkan gambar yang diberi. Harap dapat bantu memberikan jawapan yang paling tepat untuk soalan yang diuji. | Berdasarkan gambar yang diberi, perkataan yang lebih sesuai ialah "bakar" kerana bakar merujuk kepada proses masakan menggunakan api. Panggang merujuk kepada proses masakan menggunakan arang api (tanpa api). Salai pula merujuk proses masakan yang diasapi. | Lain-lain | 27.06.2019 |