Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gil.pang.gil] | ڤڠݢيل٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Clerodendron paniculatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panggil-panggil

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Panggil/sebutan utk orang bukan Islam yg. meninggal duniaMendiangLain-lain13.08.2008
Apa beza panggil pemegang master dan phdMohon tuan untuk memperincikan soalan tuan. Untuk makluman tuan, pemegang "master" ialah pemegang ijazah "sarjana", iaitu pemegang ijazah kedua (tahap pengajian akademik selepas ijazah pertama di institut pengajian tinggi). Pemegang "Phd"pula ialah pemegang ijazah "Doktor Falsafah", iaitu ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan yang membawa gelaran Dr.Lain-lain24.08.2023
Ketika hujan turun, panggil saya. Apabila hujan turun, panggil saya. Sama maksud ke?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "ketika hujan" ialah semasa hujan sedang turun, manakala "apabila" menyatakan makna pada masa yang sama seseorang melakukan sesuatu atau sesuatu berlaku, ketika, tatkala. Oleh itu, kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang sama.Makna26.06.2023
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasihMakan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam.Istilah25.01.2010
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
“Erk… ’kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni,” Amri menjawab dengan perlahannya. Adakah ayat di atas baku? Frasa kerja "menjawab dengan perlahannya" seolah-olah tidak baku ketika tiada objek yang menyusuli kata kerja transitif "menjawab". Namun demikian, saya berpandangan bahawa objek sudah dimaklumi umum, iaitu pihak sasaran yang telah dinyatakan nama dalam ayat sebelumnya, jadi tidak perlu objek itu ditulis lagi. Apakah pandangan tuan?Dalam karya sastera, bentuk penulisan tidak sama dengan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, ayat yang betul ialah "Erk... kau panggil aku? Maaflah, serabut sikit otak aku sekarang ni" Amri menjawab dengan perlahan.Lain-lain19.06.2020
Dalam perhimpunan rasmi, nak panggil pengetua sekolah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha?

Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua,  sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati Puan/Tuan.

Lain-lain13.11.2022
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih.

Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat. 

Makna13.06.2009
Mengapakah kamu memanggil saya? Mengapakah kamu panggil saya? Ayat yang manakah betul?

Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Mengapakah kamu memanggil saya?”.  Awalan me- merupakan awalan kata kerja di bawah kategori kata terbitan berawalan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 68 - 69.

Tatabahasa09.04.2024
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain?Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum.Makna05.12.2007
123

Kembali ke atas