Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gi.lan] | ڤڠݢيلن

Definisi : 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajak­an, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran ter­perinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antara-bangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gi.lan] | ڤڠݢيلن

Definisi : 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih.Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni.Lain-lain28.06.2019
Apakah yang istilah yang sesuai untuk aplikasi komputer seperti Facebook,Wikipediai ,google dan sebagainya. Adakah istilah-istilah yang berbeza untuk penggunaan yang berlainan? Apakah nama panggilan untuk Facebook. Bolehkah panggilan-panggilan ini digunakan? Laman web? Laman sosial? Penggunaan? Applikasi?Untuk makluman puan, Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya merupakan laman sosial manakala Google, Yahoo ialah nama enjin carian yang digunakan untuk carian maklumat dalam dunia teknologi maklumat. Istilah-istilah tersebut merupakan aplikasi yang dibangunkan atau dicipta untuk kegunaan/kemudahan dalam bidang teknologi maklumat.Lain-lain11.06.2014
Yang ____ Encik Amin, Pengetua Yang ____ Puan Aminah, PK HEM Yang ____ Puan Zainab, GK Bahasa Yang ____ Encik Ali, Kaunselor pelajar Yang ____ Barisan guru Apakah panggilan-panggilan hormat yang sesuai?Yang Berusaha Encik Amin, Pengetua Yang, Dihormati Puan Aminah, PK HEM, Puan Zainab, GK Bahasa, Kaunselor pelajar ... Lazimnya gelaran hormat untuk yang berjawatan, selainnya hanya sapaan nama, seperti Tuan Haji/Encik/Puan.Tatabahasa03.08.2024
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
Assalamualaikum Mohon penjelasan berkaitan penggunaan panggilan kehormat/panggilan diraja di dalam penulisan buku terjemahan biografi. Saya agak keliru dengan kewajipan penggunaan gelaran kehormat tersebut memandangkan di dalam buku berbahasa Inggeris, gelaran tersebut tidak dinyatakan pun. Hanya nama disebut. Bolehkah jika gelaran kehormat tersebut tidak dinyatakan di dalam buku berbahasa Malaysia? Atau jika perlu dinyatakan, mohon dapat beri sedikit penerangan. 1. Contoh bagi penggunaan Tun Dr Mahathir, apakah setiap kali nama beliau dirujuk di dalam buku tersebut, harus disertakan bersama gelaran/panggilan kehormat beliau atau cukup dengan nama beliau sahaja, Mahathir? Bolehkah gelaran kehormat untuk Tun Dr Mahathir disebut sekali sahaja di dalam buku dan kemudian dirujuk sebagai Mahathir sahaja setiap kali diulang? 2. Bagi gelaran Sultan/Agong, contoh seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah, perlukah disertakan bersama gelaran KDYMM Seri Paduka Baginda setiap kali disebut di dalam buku atau cukup dengan gelaran Yang di-Pertuan Agong sahaja? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Gelaran dan nama penuh perlu dinyatakan pada setiap permulaan penulisan dalam setiap tajuk/topik dan bagi pengulangan, boleh menggunakan gelaran sahaja.

Contoh:
Tun Mahathir bin Mohamad ialah seorang doktor dan ahli politik. Tun merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Begitu juga untuk gelaran Agong, perlu dinyatakan dahulu gelaran penuhnya dan boleh diulangi dengan Yang di-Pertuan Agong.



Lain-lain13.10.2021
Merujuk kepada PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, Panggilan Hormat yang dirakamkan bagi tujuan salutasi termasuklah Tuan dan Puan, persoalan saya sering kali kita dengar panggilan hormat berganda "YBrs. Tuan" sekiranya penama tiada gelaran. Adakah boleh panggilan hormat berganda? Boleh berikan sebab? adakah sebab tuan puan juga boleh dijadikan "gelaran" bagi orang yang tiada gelaran seperti "Dr." "Ts." "Tengku" "Haji" dsb..Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, panggilan hormat yang digunakan adalah seperti yang berikut:
1. YBrs. - panggilan hormat bagi Ketua Jabatan Persekutuan Penyandang Jusa C dan ke atas; dan ahli akademik, seperti YBrs. Dr/YBrs. Prof. Madya Dr.
2. YM - panggilan hormat keturunan bagi Engku/Tengku/Ku/Raja
3. Tuan - panggilan hormat keturunan bagi Syed/Sheikh; dan panggilan hormat keagamaan bagi Haji

Tiada panggilan hormat berganda dan tiada contoh panggilan hormat bagi ahli profesional dalam pekeliling yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan panggilan hormat ahli profesional, seperti Ts. disandarkan kepada panggilan hormat ahli akdemik, iaitu YBrs. sehingglah ada pekeliling baharu atau garis panduan lain yang menjelaskan tentang penggunaannya. Sekiranya tiada sebarang gelaran atau kaitan dengan keturunan, panggilan hormat yang lazim digunakan ialah tuan/puan.
Lain-lain04.07.2024
1. Adakah panggilan untuk Nenek ialah Nenda atau Nenenda? 2. Bagaimana pula panggilan untuk Datuk? Adakah Nenda juga atau Nenekanda atau panggilan lain? Terima kasih.Nenda ialah kependekkan bagi nenenda merujuk panggilan kepada nenek dan datuk. Panggilan yg biasa dalam masyarakat ialah nenekanda, sementara nenenda dan nenda ialah bahasa halus utk nenek dan datuk yang biasanya digunakan dalam surat-menyurat. Sila rujuk kamus Dewan edisi Keempat ms 1076.Makna08.01.2007
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009
Saya ingin tahu tentang penggunaan panggilan hormat Tuan. Adakah panggilan hormat tersebut boleh digunakan kepada ketua jabatan yang tidak mempunyai sebarang gelaran hormat? Sebagai contoh Tn. Mohd Zanal bin Dirin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.Umumnya, encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati.Tatabahasa30.03.2013
Apakah terjemahan bagi 'on hold' dalam situasi panggilan telefon di mana panggilan dihentikan sebentar. Contoh ayatnya ialah, 'He put the call on hold'. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas