Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya. Bagi ayat yang berakhir dengan BUKAN, YA, BETUL, OKEY, NAMA PANGGILAN, NAMA ORANG dan sebagainya, adakah mesti diletakkan tanda koma sebelumnya seperti contoh berikut atau tidak perlu? Contoh: 1) Mereka tahu saya cedera, BUKAN? 2) Dia marah akan awak, YA? 3) Awak tidak mahu pergi seorang diri, BETUL? 4) Kamu tidak perlu risau, okey? 5) Maafkan saya, IBU. 6) Saya akan bantu awak, HASHIM. Sekian. Terima kasih. Salam.Merujuk pada contoh yang diberi. ayat ini digunakan dalam dialog. Penggunaan tanda koma tersebut betul.Lain-lain23.02.2018
Yang mana betul susunan panggilan nama seperti di bawah: A. Dr Haji Ahmad B. Haji Dr AhmadSusunan yang betul ialah A. Dr. Haji AhmadLain-lain24.08.2023
Apakah panggilan nama yang sesuai untuk ibu tunggal atau perempuan yang bercerai tetapi mempunyai anak? adakah cik atau puan ataupun ada panggilan khas?Sapaan yang digunakan ialah puan.Lain-lain17.11.2008
Penggunaan kepada panggilan nama Syed di dalam tulisan..Samada Tuan Syed atau Encik Syed. Terima kasih.Sapaan lisan kepada orang yang disapa seperti syed ialah tuan syed. Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat.Istilah19.09.2015
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
SALAM SEJAHTERA MOHON PERTANYAAN PENGGUNAAN PINGAT KEBESARAN KEPADA PANGGILAN NAMA KETUA JABATAN PADA PENGAKHIRAN SURAT RASMI SEPERTI BERIKUT : Saya yang menurut perintah, ................................................... (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM A.M.N, A.M.S) @ (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM) A.M.N, A.M.SSaya yang menurut perintah,
...................................................
(MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM, AMN, AMS)  - italikkan ejaan nama pingat
Tatabahasa21.04.2015
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut

Untuk makluman sdr,  nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan  kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza.  Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.  Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti.

Istilah28.06.2009
Apakah yang istilah yang sesuai untuk aplikasi komputer seperti Facebook,Wikipediai ,google dan sebagainya. Adakah istilah-istilah yang berbeza untuk penggunaan yang berlainan? Apakah nama panggilan untuk Facebook. Bolehkah panggilan-panggilan ini digunakan? Laman web? Laman sosial? Penggunaan? Applikasi?Untuk makluman puan, Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya merupakan laman sosial manakala Google, Yahoo ialah nama enjin carian yang digunakan untuk carian maklumat dalam dunia teknologi maklumat. Istilah-istilah tersebut merupakan aplikasi yang dibangunkan atau dicipta untuk kegunaan/kemudahan dalam bidang teknologi maklumat.Lain-lain11.06.2014
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah untuk negeri Johor sahaja. saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga di Johor dan saya perlu tau nama panggilan tersebut. terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk melengkapkan kajian puan sila rujuk buku yang berkaitan dengan sosiobudaya.Lain-lain12.11.2012
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih.Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni.Lain-lain28.06.2019
12345678910

Kembali ke atas