Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul? | Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2015 |
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor. | Istilah | 12.04.2012 |
Assalamualaikum. Dalam pangkalan data PRPM terdapat dua takrifan untuk kata "al-Majid", dan sumber kedua-dua takrifan ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Takrifan mana yang betul? Terima kasih. Pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-majid+99+nama+Allah | Kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 31.07.2013 |
Mohon pertanyaan sama ada wujudnya pangkalan data korpus bahasa Melayu? | Pangkalan data korpus DBP boleh diakses melalui URL http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx . | Lain-lain | 04.08.2015 |
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching. | Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil? | Wassalam, Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 02.02.2018 |
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada penyakit yang tiada penawarnya"? | Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami. | Lain-lain | 19.06.2017 |
Assalamualaikum...saya mencari terjemahan untuk perkataan bahasa inggeris 'femtocell' tetapi tidak ada di dalam pangkalan data prpm. Bolehkah saya gunakan terjemahan menjadi 'femtosel'? Bidang: teknologi maklumat | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika hendak digunakan, kami mencadangkan supaya dicondongkan. | Istilah | 02.07.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin tanya terjemahan perkataan yang tepat untuk"Royal Chamberlain" ke dalam bahasa Malaysia. Dalam pangkalan data, terjemahannya "Datuk Pengelola Bijaya Diraja" dan ini khas untuk Royal Malay court. Bagaimana dengan terjemahan "Royal Chamberlain" di negara lain, khususnya di UK? Saya dahulukan terima kasih saya. | Mengikut pangkalan data kami, padanan yang sesuai untuk "Royal Chamberlain" ialah "Datuk Pengelola Bijaya Diraja" dan ini khas untuk Royal Malay Court. Kami memohon memaaf kerana pangkalan data kami hanya terhad di Malaysia sahaja, tidak termasuk negara lain termasuk UK. | Lain-lain | 20.11.2017 |
Adakah istilah whataboutism boleh dipadankan dengan neologisme 'bagaimanapulaisme'? | Tiada istilah “whataboutism” dan "bagaimanapulaisme" dalam pangkalan data kami. Hanya perkataan neologisme sahaja yang terdapat dalam pangkalan data kami. Kata Neologisme membawa maksud kata (atau frasa) yang baru dibentuk, kata baru; 2. pemakaian atau pembentukan kata baru. (bidang Linguistik) | Lain-lain | 18.11.2018 |