Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pangkor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan:manakah satukah jawapan yang paling tepat untuk ayat sama maksud di bawah; Pulau Pangkor sangat terkenal dengan keadaan pantainya yang cantik dan bersih a) Sangat terkenal Pulau Pangkor dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih. b)Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal.Ayat yang sama maksudnya ialah "Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal".Tatabahasa27.01.2015
ayat yang mana dianggap betul: a) kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi? b)kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau ke Langkawi?Ayat yang betul ialah "Kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi?"Tatabahasa30.08.2013
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010
Adakah penggunaan kata penguat bebas boleh hadir bersama-sama dengan sekali dalam satu ayat? Contoh: Pemandangan di Pulau Pangkor amat cantik sekali. Betul atau salah?Kata penguat bebas boleh hadir bersama-sama perkataan sekali. Darjah penghabisan yang tidak boleh diikuti dengan perkataan sekali, contohnya "terpaling cantik sekali", cukup sekadar "terpaling cantik" atau "paling cantik sekali".Tatabahasa21.07.2015

Kembali ke atas