rujukan hormat untuk Panglima Angkatan tentera | Panglima Agung (Besar)
| Lain-lain | 17.10.2014 |
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih. | 1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya. 2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.06.2020 |
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar. | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Ejaan | 19.07.2012 |
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Syams El-Bahri El-Banjari WED 17:24 Syams El-Bahri El-Banjari Syams Assalam'alaikum... Salam kenal. Saye dari Kuala Tungkal-Jambi. Saya nak tanye, apakah Saye bise dapatkan buku novel Selempang Merah Panglima Shaleh oleh Zahara Nawawi? | Waalaikumussalam. Untuk makluman, buku Selempang Merah Panglima Saleh masih dalam proses cetak semula. Mohon hubungi Encik Abd Khalid di Bahagian Pemasaran DBP melalui alamat e-mel abd.khalid@dbp.gov.my untuk mendapatkan perkembangan buku ini. Terima kasih. | Lain-lain | 23.11.2016 |
ajutan | ajutan-pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan pentadbiran | Makna | 28.06.2011 |
Assalammualaikum... Saya mady nak tanya sikit Buku "Pasal Panglima Awang" Penulis Harun Aminurrasid Kluaran DBP ade jual lagi tak. TQ? | Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tuan boleh menempah secara online atau telefon melalui lawan sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga. Sekiranya tuan berada di sekitar Kuala Lumpur boleh terus ke Koperasi DBP untuk memiliki buku tersebut. | Lain-lain | 20.02.2014 |
Salam, Yang mana satu betul? Menurut PRPM (tatabahasa) penggunaan "ianya" tidak boleh digunakan tetapi perkataan ini terdapat dalam Kamu Dewan ke-4, contoh: dendam: "Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu". | Untuk makluman, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya. | Tatabahasa | 25.03.2017 |
"raja-raja Melayu" ditulis dengan huruf besar seperti "Raja-raja Melayu" atau tidak? | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu kerana merujuk kepada pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Istilah | 29.11.2016 |
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cis | Ayat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A. | Tatabahasa | 11.07.2012 |