Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |
PERBEZAAN ANTARA PANGSASISWA DAN PANGSARAMA? | Sdr Miza, Sdr perlu melihat makna "pangsa" ialah satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai tempat kediaman (asrama). Manakala kata "siswa" pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Kata "pangsasiswa atau pangsarama" tidak tepat untuk dijadikan istilah khusus dan dieja satu perkataan. Oleh itu, sekiranya sdr ingin juga menggunakan kata ini bagi merujuk tempat atau bangunan, ejaannya perlu dijarakkan menjadi "Pangsa Siswa". Untuk pengetahuan sdr, banyak kata-kata yang indah dan tepat yang boleh digunakan untuk merujuk tempat. Sdr perlu merujuk Kamus Dewan atau Siri Lembar Bahasa " Nama Indah". | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata. | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. | Tatabahasa | 22.02.2010 |