Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya jika perkataan 'Residensi' wujud sebagai ganti nama Bahasa Inggeris 'Residency'? Perkataan tersebut banyak dilihat di pangsapuri-pangsapuri di Malaysia. Sekian. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Tatabahasa | 19.06.2015 |
Manakah jemahan di bawah adalah betul. Service Apartment 1. Pangsapuri Perkhidmatan 2. Pangsapuri Berservis | Padanan bahasa Melayu bagi service apartment ialah pangsapuri servis. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
penggunaan perkataan 'MENARA' boleh kah digunakan untuk kediaman (pangsapuri servis) | Menurut Kamus Dewan, menara bermaksud bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya. Oleh itu, menara hanya boleh digunakan bagi menamai pangsapuri sekiranya pangsapuri itu mempunyai ketinggian melebihi 15 tingkat. | Makna | 16.08.2007 |
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |
Kami ingin membina sebuah pangsapuri .Cadangan nama yang ingin diberikan kepada pangsapuri ialah : Residen Era Arif. Adakah penggunaan perkataan ini diluluskan oleh DBDP. Sekian, terima kasih | Ejaan Residen perlu dibetulkan kepada Residensi--> Residensi Era Ariff | Lain-lain | 07.03.2016 |
Apakah ejaan ringkas bagi kata nama "pangsapuri"? | Tidak ada contoh penggunaan ejaan ringkas bagi perkataan pangsapuri kerana lazimnya dieja penuh bagi merujuk penamaan sesuatu tempat. | Ejaan | 09.10.2015 |
kami ingin membina sebuah pangsapuri dan nama yang diletak bagi projek kami dikenali sebagai Residen Era Ariff. Adalah nama ini diluluskan oleh dewan bahasa dan pustaka | Nama tersebut diluluskan tetapi harus dibetulkan ejaan "Residen" kepada "Residensi" --> Residensi Era Ariff | Lain-lain | 07.03.2016 |
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Kami dari pihak Wong cs Architect ingin memaklumkan pihak tuan berkenaan Nama yang di pohon bagi nama pemajuan pangsapuri. iaitu "SIERRA ANGSANA " . Kami dengan ini meminta jasa baik dari pihak tuan meminta maklum balas dari segi pengunaan bahasa atau pun nama pembangunan " SIERRA ANGSANA " untuk memastikan pelancaran berurusan dengan pihak Majlis Bandaraya tidak di tolak. Dengan itu pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang di berikan oleh pihak tuan. Sekian Terima Kasih | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) berserta alasan pemilihan nama tersebut. | Lain-lain | 27.04.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan Tuan/Puan untuk mencadangkan padanan yang sesuai bagi perkataan "void deck." "Void deck" ialah ruang kosong dibawah pangsapuri dan biasanya digunakan untuk aktiviti komuniti penduduk. Istilah ini biasa digunakan di Singapura. Terima kasih | Wassalam, Kami mencadangkan istilah "void deck" diterjemahkan kepada "Ruang Legar" yang membawa maksud "ruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2018 |
Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment" . Contoh ayat: A serviced apartment is a type of furnished apartment available for short-term or long-term stays, which provides amenities for daily use. Terima kasih. | Cadangan kami ialah pangsapuri perkhidmatan bagi padanan service apartment. | Istilah | 17.07.2010 |