Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : sekumpulan orang yg diberi tugas mengurus sesuatu; jawatankuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panitia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ketua ketua panitia atau ketua panitia - ketua panitiaBerdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ketua-ketua panitia.Lain-lain08.09.2021
panitia - maknajawatankuasaMakna09.05.2007
Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.Ayat pasif yang betul:

Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.
Tatabahasa11.11.2015
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan.
2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan.
Makna02.12.2016
Saya, ketua panitia BM, bercadang mengadakan pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaa. Oleh itu, ingin mendapatkan bantuan sumbangan majalah Dewan Pelajar keluaran yang lepas sebagai hadiah untuk murid. Boleh atau tidak? Bagaimana proses yg perlu dilakukan?Tuan boleh membuat permohonan rasmi dengan menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain10.09.2015
apakah maksud panitiaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, panitia bermaksud jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia.Istilah19.11.2009
apakah maksud 1. panitia 2. kembaran kualaPanitia ialah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. Manakala kembaran kuala tiada maklumat diperoleh.Makna10.05.2007
Ketua Panitia atau Ketua PanatiaEjaan yang betul ialah Ketua Panitia.Ejaan07.05.2012
Assalam. Adakah mesyuarat panitia bahasa melayu kata nama khas? Bagaimana ejaannya?Salam sejahtera,

Tuan,

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu merupakan kata nama khas dan dieja dengan huruf besar pada permulaan perkataan.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.02.2018
Perkara: Permohonan Sumbangan Cenderamata dan Bahan Sokongan Sempena Program Panitia Bahasa Melayu Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjayakan Program Panitia Bahasa Melayu yang akan diadakan pada 11 Ogos 2026. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan sumbangan dalam bentuk cenderamata, bahan bacaan, buku Bahasa Melayu, poster pendidikan, atau apa-apa barangan yang bersesuaian untuk dijadikan hadiah kepada murid serta juri yang terlibat dalam program tersebut. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha sekolah untuk memupuk minat murid terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul, menarik dan berkualiti. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Antasha Binti Kamaruzzaman Guru Bahasa Melayu

Salam puan yang budiman,

Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:

Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri

No. Telefon: 03-21479011

E-mel:

dina@dbp.gov.my (PA)

Sekian, terima kasih.

Lain-lain22.06.2026
123

Kembali ke atas