Selamat sejahtera bolehkah saya tulis panjang tangan-panjang tangan? | “Panjang tangan” merupakan sebahagian daripada peribahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, peribahasa “panjang tangan” tidak boleh digandakan menjadi “panjang tangan-panjang tangan.” | Tatabahasa | 02.03.2025 |
Adakah sebuah dan sebatang penjodoh bilangan yang betul untuk jambatan. Terima kasih | Sebatang jambatan kerana batang ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang. | Tatabahasa | 05.09.2018 |
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi lebuh raya? Terima kasih. | Jika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk jalan ialah sebatang (penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang), oleh itu penjodoh bilangan yang sesuai untuk lebuh raya ialah sebatang. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang? | Penjodoh bilangan yang betul ialah batang. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
apakah penjodoh bilangan untuk rumah panjang? adakah sebuah rumah panjang. terima kasih encik. | Penjodoh bilangan sebuah digunakan untuk benda yang besar dan tidak bernyawa, (bentuk atau jenisnya tidak tentu), seperti rumah, kereta, almari, buku dan sebagainya. Oleh itu, penjodoh bilangan untuk rumah panjang ialah sebuah (sebuah rumah panjang). Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. | Lain-lain | 18.05.2025 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Lelaki yang kaki panjang itu abang saya. (b) Lelaki yang kakinya panjang itu abang saya. (c) Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya. | Ayat yang tepat dan gramtis: Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan bahagian 9.2.3.9 Kata Adverba, contoh ayat 417. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang. Mengapakah frasa 'besar panjang' tidak dikategorikan sebagai frasa adjektif binaan dua perkataan, sebaliknya hanya 'besar' dikatakan kata inti dan 'panjang' dikatakan sebagai kata adverba? | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara, iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba menerangkan lebih kepada keadaan. | Tatabahasa | 18.06.2020 |
Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang yang tidak diikat. Terima kasih tuan. | Penjodoh bilangan bagi kacang panjang yang tidak diikat ialah batang. Ini bermakna, sebatang/ satu batang kacang panjang merupakan penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang atau kawasan bebas cukai Rantau Panjang? (Dari segi penggunaan huruf besar / kecil) | Dalam konteks nama khas, sepatutnya dieja Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 28.12.2006 |
Salam, ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm." Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 263. | Tatabahasa | 25.09.2023 |