Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Dibuang akan ke tengah laut,
     Dipungut oleh raja Maiskol;
Halus pinggangnya bagai diraut,
     Rambutnya panjang hujung bersimpul.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa11.05.2010
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ?
Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa).
Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.

Lain-lain27.08.2015
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "garis" dan "garisan"? Sila terangkan penggunaan dua perkataan ini. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan pencerahan. Terima kasih.Sila rujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan untuk mengetahui maksud perkataan. Puan boleh mengenal pasti perbezaan maksud berdasarkan takrif yang diberikan. Sebagai contoh, dalam Kamus Dewan, perkataan garis dan garisan kedua-dua mempunyai takrif tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Puan boleh memberikan kami penggunaan perkataan garis dan garisan dalam ayat sekiranya puan menghadapi masalah untuk menentukan pengggunaan yang betul.Makna10.12.2017
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa.Bahasa halus yang saya fahami  lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain20.07.2010
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan.Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut:

Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain.
Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning.
Makna14.08.2017
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu?Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. Lain-lain20.03.2008

Kembali ke atas