Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panjangnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en?
  1. Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
  2. Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.

Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Lain-lain14.01.2013
Tolong betulkan ayat ini. Parang Belitung sederhana panjang.Ayat yang betul ialah "Parang Belitung sederhana panjangnya".Tatabahasa21.09.2014
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Saya Khaireeyah Binmak Saya belajar bahasa melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna membujurMenurut data kami, maksud perkataan membujur ialah terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa membujur dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membujurMakna04.11.2015
apakah syarat-syarat pertandingan untuk peraduan menulis sastera kreatif 2010(kategori cerpen) anjuran dbp sarawak

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Cerpen yang hendak ditulis panjangnya sekitar 4000 perkataan atau 15 halaman. Peserta boleh menghantar maksima 2 buah cerpen. Tema bebas tetapi tidak boleh menyentuh perkara2 sensitif atau yang menyinggung perasaan. Karay yang dihantar tidak akan dikembalikan.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak, 082-444711

Lain-lain19.04.2010
Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkanPeribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.Sastera04.09.2024
apakah ayat yang sesuai untuk " Kolam Renang yang mempunyai saiz panjang berukuran olimpik' tapi ayat ini terlalu panjang dan saya tak nak buang perkatan olimpik? kolam renang ni hanya saiz panjang sama mcm olimpik tpi lebar nye tak sama

Ayat yang betul ialah “Kolam renang yang panjangnya berukuran Olimpik”.

Tatabahasa22.02.2022
Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb

Aras bermakna

a)    a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat.

Contoh ayat:  Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter.

b)    b) Permukaan air.

Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter.



Paras
bermakna

a)    a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah.

Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu.

b)    b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat.

Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada.

Makna11.01.2021
Bagaimana bahasa Melayu menulis tempoh masa. Contohnya: Isnin hingga Rabu, 2013 hingga 2015 dsb. Perkataan "hingga" boleh ditukar dengan tanda sempang. Sempang mana digunakan "-" atau "–". Bahasa Inggeris gunakan "–" untuk maksud "hingga". Bagaimana hendak menulisnya? Perlukah dijarakkan? Contoh: 2013-2015, 2013 – 2015 atau sebagainya?

Perkataan “hingga” boleh digantikan dengan tanda pisah "–" (bukannya tanda sempang). Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan dijarakkan. Contohnya: Jun – Oktober ; Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980.

Ejaan10.01.2015
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
12

Kembali ke atas