| Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. 1. Bau yang harum/harum baunya 2. 2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang 3. 3. Berlari dengan pantasnya 4. 4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur 5. 5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya 6. 6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan 7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. | Tatabahasa | 15.07.2021 |
| 1. Sekiranya 'untuk' boleh digunakan pada pangkal ayat, mengapakah pula pemeriksa UPSR tidak menerima ayat bermula dengan 'untuk'. Apakah rasionalnya, sedangkan sekolah menengah memang boleh? 2. Adik berlari dengan pantas. Adik berlari dengan pantasnya. Kedua-dua ayat ini mana satu yang betul. | 1. Perkataan "untuk" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contoh: Untuk siapakah hadiah itu? DBP tidak mempunyai maklumat mengenai soalan dan jawapan yang diterima dalam peperiksaan UPSR. 2. Ayat yang betul ialah Adik berlari dengan pantas.
| Tatabahasa | 06.07.2016 |
| saya berlari di padang sekolah dengan pantas. ATAU saya berlari dengan pantas di padang sekolah. ATAU kedua-dua pun betul? | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Saya berlari di padang sekolah dengan pantasnya. 2. Saya berlari dengan pantasnya di padang sekolah. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | Lain-lain | 17.07.2025 |