Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih. | Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Assalamualaikum..sy nak bertanya,boleh saya dapatkan nama pengarang artikel pantau tegur bahasa dan saya ingin mengetahui secara lanjut dan terperinci mengenai 9 ciri-ciri pencemaran bahasa yang telah ditetapkan oleh DBP. Saya merupakan seorang pelajar bahasa di UITM Shah Alam dan berminat untuk menjadikan 9 ciri pencemaran bahasa tersebut sebagai panduan saya menganalisis kesalahan yang terdapat pada papan tanda. Mohon pertanyaan saya dijawab dan mendapat perhatian pihak tuan. Terima kasih.:) | Kami tidak jelas dengan artikel yang dirujuk dan sembilan ciri-ciri pencemaran bahasa yang tuan maksudkan. Untuk makluman tuan, dalam pemantauan bahasa bahasa aspek yang dipantau dibahagikan kepada dua, iaitu tahap penggunaan bahasa dan mutu penggunaan bahasa. Tahap penggunaan bahasa akam melihat kepada tiga aspek yang berikut, iaitu: penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya; penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain sepenuhnya; dan penggunaan bahasa yang bercampur (bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain). Pada peringkat mutu penggunaan bahasa, aspek yang dipantau ialah ejaan, tanda baca, penggunaan bahasa, pembentukan kata, binaan ayat, sebutan (jika berkaitan) dan kesantunan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai dalam melihat dan memantau penggunaan bahasa dalam paparan awam. Domain "Pantau Tegur Bahasa" disediakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian. | Lain-lain | 04.06.2013 |
1. Saya tidak dapat menghantar maklumat melalui 'Pantau Tegur Bahasa' 2. Betulkah penggunaan 'ejen pengimbang', atau sepatutnya 'agen pengimbang'? Istilah ini digunakan dalam ms. 12, Dewan Siswa Julai 2007 , bahagian pendahuluan (baris 4) oleh pengarang Haji Samat Bin Buang. Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi 4 untuk mendapatkan maksud kedua-dua perkataan 'ejen' dan 'agen', , saya berpendapat bahawa istilah yang tepat ialah ' agen pengimbang'. Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | perkataan yang betul ialah agen penimbang | Makna | 02.08.2007 |
Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih! | Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2010 |
Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana saya telah menanyakan sesuatu di bahagian Pantau Tegur. Saya baru menyedarinya, sebetulnya di ruangan ini. Begini, gelaran DYMM itu boleh minta dijelaskan? Saya bukanlah Pakar Bahasa atau ingin memprotes Institusi Di- Raja, cuma ingin minta penjelasan. Hal ini kerana boleh jadi salah faham. Sekian, terima kasih. | Gelaran DYMM ialah kependekan bagi Duli Yang Maha Mulia yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 18.08.2010 |
KESALAHAN TATABAHASA SAMB | Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 03.04.2013 |
KESALAHAN TATABAHASA K.LUMPUR | Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 03.04.2013 |
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANG | Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 03.04.2013 |
KESALAHAN TATABAHASA 11 - 13 APR 2013 | Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 03.04.2013 |