Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut­-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll; sepantun seperti, macam, seumpama; berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; berpantun-pantunan berbalas-balas pantun; memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun; memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, “Murah kata derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai mutiara dlm teraju”; pemantun orang yg mengarang pantun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : Hutang budi dibawa mati. berpantun 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : Hutang emas boleh dibayar (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : Masak sebiji di atas peti (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : Pisang emas dibawa berlayar (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.tun] | ڤنتون

Definisi : sj karangan berangkap yg biasanya terdiri drpd empat baris (dua baris pertama sbg pembayang dan dua baris kedua sbg maksud) spt: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantun
Rujuk :puisi

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGINKAN SALINAN TENTANG PANTUN NASIHAT, PANTUN KLASIK, PANTUN SELAMAT DATANG DAN PANTUN SELAMA TINGGAL.Saudara boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini termasuk pantun-pantun yang diperlukan oleh saudara. Bagi membantu, saudara juga boleh melayari laman web dbp di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Saudara boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian.Lain-lain13.03.2007
Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut.

Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun.

Lain-lain23.02.2011
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun
Sdr. Zaini,

Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam  lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk  menjawab beberapa soalan sekali gus.

sekian, terima kasih.
Sastera14.05.2012
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
Saya mahasiswa Y.I.U ingin bertanyn apakan mahna pantun . dan contoh pantun berkait.

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut:

Lebah terbebar terbang sekawan,

         Hinggap di celah kayu berduri;

Alangkah cabar rupamu tuan,

          Dagangan indah tidak terbeli.

 

Hinggap di celah kayu berduri ,

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;

Dagangan indah tidak terbeli ,

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

 

Lain-lain14.07.2010
mencari pembayang pantunPantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.03.2009
Saya ingin tahu adakah pantun yang dikhususkan untuk pengacara majlis..contohnya sebagai permulaan bicara dalam suatu acara...Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.Lain-lain07.10.2008
Saya Halimah Musek sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin DBP, tanya apakah maksud pantun berkait itu ,terimaksih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut:

Lebah terbebar terbang sekawan,

         Hinggap di celah kayu berduri;

Alangkah cabar rupamu tuan,

          Dagangan indah tidak terbeli.

 

Hinggap di celah kayu berduri ,

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;

Dagangan indah tidak terbeli ,

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu.

Lain-lain06.11.2013
i)Berikan kepada saya beberapa pantun yang sesuai untuk memulakan ucapan semasa pembukaan sesuatu majlis dan penutupan majlis?Bagi mendapatkan bahan yang diperlukan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Kurik Kundi Merah Saga dan Buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa, Terbitan DBP. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.Lain-lain12.05.2010
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat;

Bagus rupa bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;

Pahar cerek sudah teratur,
Cawan mangkuk sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
Tatabahasa06.11.2013
12345678910...

Kembali ke atas