1.adakah papan tanda perniagaan boleh menggunakan selain daripada bahasa melayu? 2.apakah syarat-syarat penggunaan papan tanda perniagaan? | Puan Ashura, i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain. ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar. iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah. Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda sila hubungi Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya kuala Lumpur, no. tel. 03-26176000. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Ini adalah berkaitan dengan syarat permohonan papan iklan di hadapan kedai : 1. Perlukah alamat syarikat dimasuk dalam papan iklan? 2. Adakah saiz perkataan untuk jenis aktiviti perniagaan telah ditetap atau akan disemak mengikut perkadaran dengan saiz nama syarikat ? Terima kasih | i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain. ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar. iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah. Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda, sila hubungi Jabatan Pelesenan, Pihak Berkuasa Tempatan yang dimohon. Pihak tuan/puan juga boleh membuat pengesahan bahasa secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my ,kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan tuan/puan.
| Lain-lain | 26.10.2020 |
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Saya ingin memohon pihak dewan bahasa untuk pengesahan bahasa papan nama kedai dan sijil pengesahan | PERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/). Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/) dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut: i. Sila lampirkan visual iklan bertaip komputer dalam satu bingkai untuk pengesahan sahaja, potong bahagian lain yang tidak berkaitan. ii. Logo pada sebelah kanan - sekiranya belum berdaftar dengan MyIPO sila daftar dahulu, ataupun betulkan kepada bahasa Melayu yang baik dan betul nahunya. iii. Nasi Ayam Big Bro’s - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya tuan ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf. | Lain-lain | 21.02.2023 |
PENGESAHAN PAPAN IKLAN PENGGUNAAN BAHASA. | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut dan iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut: i. NO. 20A, UNIT 21-08, AVENUE CREST, JALAN XXX. - betulkan susunan alamat ii. TEL.: xxx - masukkan titik untuk singkatan | Lain-lain | 06.11.2023 |
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih. | Saudara, Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja | Tatabahasa | 25.08.2010 |
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 11.02.2014 |
SAYA PERLUKAN SIJIL PENGESAHAN BAHASA DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK PERBAHARUAN LESEN PAPAN IKLAN ( PENANDA SIZE IKLAN DAN TULISAN ) SEPERTI YANG DIKEHENDAKI PIHAK MAJLIS PEMBANDARAN | Salam sejahtera, Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu, klik Daftar Akaun. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my. Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan >Daftar Iklan. Kemudian, lengkapkan maklumat iklan (rujuk Panduan Pelanggan). Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Proses kelulusan mengambil masa tiga (3) hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Berikut ialah penambahbaikan yang perlu dibuat untuk iklan tuan/puan. Sila buat penambahbaikan ini terlebih dahulu sebelum menghantar iklan supaya proses pengesahan dapat dipercepatkan: i. Betulkan keterangan aktiviti perniagaan PUSAT RAWATAN kepada PUSAT RAWATAN HEMODIALISIS ii. Hanya Jawikan keterangan aktiviti perniagaan, tidak perlu Jawikan nama perniagaan, ڤوست راوتن هيمودياليسيس iii. TEL.: 06-529 3118 (tambah titik untuk singkatan) Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 07.10.2020 |
Saya ingin menggantung iklan pemasaran. Mohon semakan DBP. | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Sebelum memohon pengesahan iklan, sila buat pembetulan yang berikut: i. Sederet tukar kepada Sebaris ii. Simbol & perlu dieja penuh, dan iii. Simbol @ perlu dieja penuh, di iv. Combo tukar kepada PAKEJ
| Lain-lain | 16.01.2025 |
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih | Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan. Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu: (i) Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan (ii) Mutu bahasa kebangsaan yang digunakan. DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang, penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul. | Lain-lain | 30.10.2016 |