Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' Terima Kasih. | Ayat yang gramatis ialah "memadankan tulisan pada papan hitam" kerana yang dipadamkan ialah tulisan bukan papan hitam. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' | Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih.. | 1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu. 2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam. | Makna | 08.04.2010 |
tuan, ali sedang memadam / memadamkan papan hitam. bolehkah tuan terangkan makna dan perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Ali sedang memadamkan papan hitam. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Salam sejahtera Soalan saya: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? Jawapan yang diterima "Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran." tidak relevan langsung, saya tidak bertanya tentang ayat gramatis. Sila jawab soalan: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? | Menurut buku Tatabahasa Dewan , awalan di ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga, (contohnya; dihapuskan), manakala apitan di-…-kan pula ialah bentuk pasif bagi MeN-… -kan. Terdapat perbezaan pada penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, iaitu pada penggunaan objek atau kata nama di hadapan ayat yang menggunakan di dan di-…-kan ini. Perhatikan dan bandingkan contoh ayat yang diberikan ini. (a) “ Ali memadamkan tulisan di papan hitam” (ayat aktif) (b) “Tulisan di papan hitam dipadamkan oleh Ali”.(ayat pasif) ( c) “Ali memadam papan hitam” ( ayat aktif) (d) “Papan hitam dipadam oleh Ali”. (ayat pasif) Jika dalam ayat aktif, kata kerja memadamkan ( kata kerja transitif yang berakhiran kan) harus diikuti oleh objek (iaitu tulisan) yang membawa maksud ada pergerakan secara langsung ke arah kata nama, iaitu papan hitam. Sebaliknya jika dipasifkan ( di-…-kan) objek (tulisan) yang bergerak secara langsung ke arah kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan. Manakala bagi ayat aktif, kata kerja memadam ( kata kerja transitif tanpa imbuhan kan) harus diikuti oleh kata nama ( papan hitam). Sebaliknya dalam ayat yang dipasifkan (di) kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan. Oleh itu, perbezaan penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, bergantung pada susunan objek atau kata nama yang telah dipasifkan daripada ayat aktif. Sebaik-baiknya setiap ayat pasif perlu dijadikan ayat aktif terlebih dahulu untuk melihat susunannya. | Tatabahasa | 15.05.2018 |
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar pada dinding. | Tatabahasa | 25.01.2015 |
Bolehkah kita membina ayat seperti ini: “Adik memadam papan hitam dengan bersih.” Terima kasih. | Ayat yang dibina betul. | Tatabahasa | 28.03.2020 |
Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? | Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran. | Tatabahasa | 10.05.2018 |
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? Bagaimana pula dengan penggunaannya? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran. | Ejaan | 15.03.2015 |
penggunaan di dan pada Cikgu Ali menulis mutiara kata pada/di papan hitam. | Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat ini ialah pada kerana kata sendi nama "pada" digunakan bagi menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain: berpaut pada palang besi, tersangkut pada tiang telefon, ditampal pada papan kenyataan dll. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya di sekolah, di perhentian bas dll. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265 dan 274. | Tatabahasa | 03.12.2010 |