Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, antara berikut, yang manakah betul? 1. Menulis di atas kertas 2. Menulis pada kertas 3. Cikgu Nora menulis pada papan putih. 4. Cikgu Nora menulis di atas papan putih. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "menulis pada kertas" dan "menulis pada papan putih", kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa23.05.2013
Perkataan Bahasa Arab yang sebenar bagi Papan Putih/Whiteboard? سَبُّورَةٌ atau لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌPerkataan bahasa Arab  untuk  papan putih ialah لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌPenyemakan dan penterjemahan28.09.2017
adakah مِمْسَحَةٌ boleh digunakan untuk pemadam papan putih?Ya, boleh.Lain-lain28.09.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
mengapakah 'ia' tidak boleh digunakan dalam karangan. contoh: rumah saya berwarna putih, ia dibuat dari papan dan konkrit.Dalam contoh ayat yang diberikan itu, 'ia' boleh digunakan kerana 'ia' merujuk benda yang dibicarakan.Lain-lain09.11.2007
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMANUntuk penamaan  tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah  (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). Tatabahasa13.10.2011
Saya dah berapa kali daftar masuk untuk dapatkan pengesahan bahasa untuk papan tanda kedai,hasil mengecewakan. Tiap kali buat permohonan,gagal. Selalu keluar page putih/error page.

Kami mohon maaf atas kesalahan teknikal tersebut. Sekiranya pihak tuan mempunyai masalah teknikal, sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat di 03-21479387 atau 03-21479389
Lain-lain16.02.2017

Kembali ke atas