saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada saudara/ri 1) apakah jenis-jenis papan tanda? 2) bahasa apa yang digunakan pada papan tanda? 3) apakah kesalahan papan tanda pada kebiasaannya? | 1. Antara jenis papan tanda ialah papan tanda nama jalan, papan notis dan tunjuk arah. 2. Dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa Melayu yang digunakan. 3. Lazimnya kesalahan yang terdapat ialah kesalahan ejaan dan tanda baca. | Lain-lain | 19.09.2010 |
CEK PAPAN TANDA | Papan tanda yang dilampirkan tidak mempunyai bahasa Melayu untuk disemak. Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa, DBP menyemak papan tanda yang mempunyai perkataan bahasa Melayu sahaja. Sila masukkan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN, KILANG dan lain-lain. Seetelah membuat pembetulan, tuan hendaklah ke ruangan KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA bukan KHIDMAT NASIHAT BAHASA untuk mendapatkan kelulusan papan tanda. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
saya nak contoh papan-papan tanda yang terdapat kesalahan tatabahasa di kuala lumpur. | Contoh-contoh kesalahan bahasa boleh diperoleh dalam akhbar sisipan Klik DBP pada setiap terbitan dalam ruangan Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Merujuk kepada lampiran berikut, minta nasihat Tuan sama ada bahasa yang digunakan dalam papan tanda mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Papan tanda berukuran panjang ini diletakkan di depan kedai bagi tujuan perniagaan. Papan tanda yang berbentuk tegak pula dipasang dalam kedai. Harap Tuan dapat megesahkan untuk tujuan pemohonan lesen papan tanda bagi premis perniagaan. Sekian, terima kasih. | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.06.2011 |
kENAPA TERDAPATKESALAHAN BAHASA DALAM PAPAN TANDA? | Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN | Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan. | Makna | 29.04.2009 |
Saya ingin memohon kebenaran mengunakan name syarikat saya "Unique Touch Concept" dalan Papan Tanda. Terima Kasih | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris. Sila masukkan perkataan seperti PEJABAT URUSAN dalam papan tanda syarikat. Untuk kelulusan papan tanda, tuan hendaklah ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visusl papan tanda bukannya di ruangan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Adakah papan tanda kedai termasuk dalam kategori papan iklan. Saya namakan kedai saya Kidzzlove . Ayat pada papan tanda kedai ialah. Butik Pakaian Kanak-kanak Kidzzlove. Perkataan Butik Pakaian Kanak-kanak kecil, manakala Kidzzlove lebih besar ,kerana ia adalah nama kedai. Nama kedai adalah kata nama khas. Ejaan Kidzzlove sengaja dieja begitu, sebagai daya tarikan untuk pelanggan mengingati nama kedai yang sedikit unik ejaannya.. Kemusykilan di sini, semua ayat adalah dalam Bahasa Melayu hanya nama khas kedai ialah Kidzzlove, sememangnya tidak terkandung dalam dbp bahawa ia adalah bahasa Melayu, bahkan Bahasa Inggeris pun tidak kerana kids dieja sebagai kidzz..Bagaimana tuan,adakah saya telah melakukan kesalahan dalam hal ini. terima kasih.Wassalam | Papan tanda kedai bukan iklan tetapi papan tanda premis perniagaan yang perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dalam hal ini keterangan aktiviti ialah 'Butik Pakaian Kanak-kanak' - perlu diletakkan di bahagian atas sebelah kiri dengan teks yang paling belas dan jelas. Perkataan 'Kidzzlove' ialah nama kedai, jika telah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat nama itu boleh digunakan. Sebaliknya jika belum didaftarkan, saudara hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang menggambarkan citra kebangsaan. Nama kedai diletakkan di bahagian tengah dan teksnya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
1.adakah papan tanda perniagaan boleh menggunakan selain daripada bahasa melayu? 2.apakah syarat-syarat penggunaan papan tanda perniagaan? | Puan Ashura, i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain. ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar. iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah. Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda sila hubungi Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya kuala Lumpur, no. tel. 03-26176000. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Peggunaan istilah 'Tukang Jahit Trishala Tailoring' di papan tanda untuk lesen papan tanda dan premis perniagaan DBKL. | Ungkapan yang betul untuk penamaan tersebut ialah "Tukang Jahit Trishala". | Tatabahasa | 13.06.2011 |