Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg mendahului kata-kata lain utk menyatakan banyak: ~ guru; ~ hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata para I

Puisi
 

Di atas para buah pauh,
     Burung plastik buah Melaka;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Di dalam mimpi kita berjumpa.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih.Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya.Tatabahasa13.05.2008
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul?Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah".
Tatabahasa05.07.2013
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul?

Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah". 



Tatabahasa04.07.2013
Betul atau tidak perkataan "para" hanya boleh digunakan untuk manusia & bukannya untuk benda (misalnya, para negara) "Dalam kamus Dewan Edisi Empat, para ialah kata (yg mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Lazimnya, para digunakan pada manusia.Tatabahasa19.09.2013
Para tamu yang hadir semasa majlis pelancaran kereta Proton Inspira itu diberi sambutan yang meriah. Munsyi, adakah para tamu salah dalam ayat ini? terima kasihPerkataan "para tamu" tidak salah dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.06.2012
Apakah kata bilangan yang sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Para/Setiap? 1) Para/Setiap guru di sekolah itu mendapat penghagaan daripada murid-murid bersempena dengan Hari Guru.Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi membawa makna yang berbeza. Perkataan para digunakan dalam konteks yang ramai, manakala setiap bermaksud tiap-tiap. Penggunaan kata perlulah bersesuaian dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa20.06.2013
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul?

Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan'

Tatabahasa02.09.2012
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung )1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif.Tatabahasa20.04.2009
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul?Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan.Tatabahasa10.07.2012
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah?

Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat ber­tumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik.

Tatabahasa26.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas